Melancong di Malaysia adalah pengalaman yang mempesona, dengan pelbagai tarikan budaya, alam semula jadi yang indah, makanan lazat, dan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Malaysia telah diiktiraf sebagai 10 negara destinasi pelancongan terbaik dunia 2018 seperti yang dilaporkan oleh Euromonitor International iaitu agensi kajian pasaran global yang berpangkalan di London, United Kingdom pada Disember 2018. Ini meletakkan Malaysia setara dengan Singapura, Macau, Hong Kong dan Thailand. Malah, pada 1 Jun 2023 yang lalu, Malaysia diumumkan sebagai ‘Destinasi Mesra Muslim Terbaik’ oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ‘Destinasi Mesra Wanita Muslim Terbaik’ oleh CrescentRating dan Mastercard sempena Anugerah Halal in Travel Awards yang diadakan di Singapura. Pengiktirafan ini ditambah dengan kepelbagaian budaya masyarakat majmuk di Malaysia bukan hanya menarik pelancong luar negara tetapi juga jutaan pelancong domestik daripada negeri di serata Malaysia. Sempena cuti sekolah yang mendatang, penulisan ini akan berkongsikan tips-tips yang berguna sewaktu melancong di negara indah kita, Malaysia. Jom baca!
Tips #1: Memilih Masa yang Sesuai
Malaysia merupakan destinasi pelancongan yang menarik kerana kemajmukan budaya dan kepelbagaian perayaan yang dirayakan termasuk Hari Raya Aidilfitri dan AidilAdha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan sebagainya. Oleh itu, ramai di antara kita akan memilih untuk bercuti ketika tiba musim perayaan kerana cuti pada masa ini biasanya lebih lama daripada biasa.
Selain dari musim perayaan, musim cuti sekolah juga menjadi pilihan popular bagi keluarga untuk bercuti. Kedua-dua musim ini dianggap sebagai ‘musim puncak’ atau ‘peak season‘. Destinasi yang sering dipilih termasuk Cameron Highlands, Melaka, Pulau Pinang, Ipoh dan lain-lain.
Namun, jika anda ingin mencari percutian yang lebih tenang tanpa gangguan seperti kesesakan trafik dan waktu menunggu yang lama bagi melawat kawasan pelancongan, adalah disarankan untuk menghindari bercuti semasa musim puncak ini. Selain daripada mengelakkan kesesakan lalu lintas yang membuang masa, kos penginapan di hotel juga lebih mahal pada musim ini.
Disyorkan agar anda memilih untuk melancong di luar musim cuti sekiranya boleh. Selain daripada menjimatkan masa dan wang, anda juga akan lebih merasa tenteram kerana tidak perlu berurusan dengan keramaian yang sibuk.
Tips #2: Lokasi yang Sesuai
Salah satu faktor utama yang memainkan peranan penting dalam merancang perjalanan bersama keluarga dan rakan-rakan adalah pemilihan lokasi destinasi yang diidamkan. Di Malaysia, pelbagai jenis aktiviti dan tempat pelancongan menarik menanti untuk dicuba dan diteroka.
Sesetengah individu lebih suka merasai keindahan alam semula jadi, sementara yang lain lebih suka menikmati suasana bandar yang sibuk, pantai yang tenang, atau pelbagai lagi lokasi yang lain. Oleh itu, penting untuk memilih destinasi yang paling sesuai dengan selera dan minat setiap individu agar pengalaman perjalanan dapat dinikmati sepenuhnya.
Setelah destinasi percutian ditentukan, anda amat digalakkan untuk membuat tempahan penginapan dengan kadar yang segera. Ini kerana harga penginapan cenderung meningkat semasa musim puncak atau menjelang tarikh percutian. Pastikan anda memilih jenis penginapan yang sesuai dengan jumlah dan usia anda dan keluarga atau rakan-rakan.
Apabila menguruskan perjalanan bersama kelompok kecil, menginap di hotel adalah pilihan yang amat berbaloi. Namun demikian, jika kumpulan tersebut terdiri daripada ramai peserta termasuk warga emas, individu kurang upaya, dan kanak-kanak, maka adalah amat digalakkan untuk menginap di homestay atau penginapan yang lebih luas bagi memastikan anda semua lebih selesa, lebih meriah, di samping kos yang berpatutan.
Perancangan lokasi dengan teliti membolehkan anda untuk mencipta pengalaman percutian yang lebih memuaskan bersama orang-orang tersayang anda.
Tips #3: Pilih Mod Pengangkutan Efektif
Pengalaman bercuti akan menjadi lebih memuaskan apabila kita memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri. Pendekatan ini memberikan kebebasan untuk menjelajah destinasi tanpa terikat oleh masalah atau batasan tertentu. Walaubagaimanapun, adalah sangat penting untuk mempertimbangkan destinasi yang akan dikunjungi agar pilihan kenderaan sejajar dengan keperluan perjalanan.
Terdapat keadaan di mana menggunakan pengangkutan awam boleh menjadi alternatif yang lebih bijak. Contohnya, jika anda berasal dari kawasan luar bandar atau bandar kecil dan merancang untuk bercuti ke bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, dan lain-lain, adalah lebih baik mempertimbangkan penggunaan teksi, kenderaan e-hailing atau LRT (Light Rail Transit).
Hal ini demikian kerana, pemanduan di bandar-bandar besar selalu dibebani oleh kesesakan lalu lintas yang serius, terutamanya pada waktu puncak. Menggunakan jalan yang tidak dikenali dengan kenderaan anda sendiri mungkin membawa risiko tersesat dan membuang masa anda yang berharga. Selain itu, kos tempat letak kereta di bandar boleh menjadi sangat tinggi dan kadang-kadang mencabar untuk dicari. Oleh itu, dalam beberapa keadaan, memandu kenderaan sendiri boleh mencetuskan tekanan yang tidak diperlukan ketika sedang bercuti.
Dalam konteks ini, pilihan menggunakan pengangkutan awam menjadi lebih menarik. Ia bukan sahaja membantu mengelakkan kesesakan trafik, tetapi juga lebih ekonomi dan mesra alam. Menggunakan teksi atau LRT juga dapat menghilangkan keperluan untuk mencari tempat letak kereta dan mengurangkan risiko pembaziran masa. Oleh yang demikian, percutian dengan pengangkutan awam dapat memberikan pengalaman yang lebih lancar dan santai, terutamanya di bandar-bandar besar di Malaysia yang terkenal dengan kesesakan lalulintasnya.
Tips #4: Dapatkan Perlindungan Perjalanan
Perlindungan perjalanan melalui insurans dan takaful bukan sahaja penting apabila bercuti di luar negara, malah ia mempunyai kepentingan yang sama ketika merancang perjalanan di dalam negara. Kejadian kemalangan atau insiden yang tidak diingini boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Insurans atau takaful perjalanan menyediakan perlindungan untuk melindungi daripada kerugian kewangan yang mungkin timbul akibat situasi yang tak terduga. Ini termasuklah penangguhan atau pembatalan penerbangan, kehilangan bagasi di lapangan terbang, dan pelbagai lagi situasi yang lain bergantung kepada polisi yang anda ambil. Yang lebih penting, perlindungan perjalanan bersama kad perubatan juga dapat membantu dalam kos perubatan semasa dalam perjalanan.
Ingat, insurans perjalanan adalah pelaburan pintar untuk menikmati percutian dengan aman dan tenang, sama ada dalam atau luar negara. Dengan adanya perlindungan insurans, anda dapat menikmati pengalaman perjalanan dengan lebih tenteram, dengan keyakinan bahawa anda dilindungi daripada risiko yang mungkin timbul semasa menikmati momen berharga dalam perjalanan.
Takaful Perubatan dan Hibah Takaful juga merupakan satu bentuk pelaburan yang berharga untuk masa depan anda dan keluarga anda. Ayuh dapatkan Kad Perubatan PruBSN dan pelan Hibah Takaful PruBSN, pelan kad perubatan dan hibah terbaik yang direka khusus untuk anda. Klik link WhatsApp untuk berhubung dengan saya, Naim Fital, ejen takaful berpengalaman anda bagi khidmat nasihat berkaitan kad perubatan dan hibah takaful.