5 Menu Rahmah Terbaik: Anda Boleh Cuba!

Program Menu Rahmah adalah program atau inisiatif baru Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) bersama rakan strategik yang terdiri dari pengusaha kedai makanan (bermasak) dan Persatuan Pengusaha Restoran dan Gerai Makanan, dilakukan secara sukarela dalam usaha kerajaan membantu dan mengurangkan kos sara hidup terutama golongan miskin tegar di kalangan B40.

Pengusaha kedai makanan dan restoran yang menyertai Program Menu Rahmah telah bersetuju menyediakan makanan harian (samada makan tengahari atau malam) pada kadar tidak melebihi RM5.00 bagi satu hidangan. Biasanya hidangan dalam Menu Rahmah ini mengandungi satu sumber protein samada ayam atau ikan dan satu jenis sayur. 

Antara rakan strategik lain yang mengambil bahagian dalam Menu Rahmah adalah pasar raya Mydin, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia dan Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia. Satu perkara yang perlu diketahui adalah kerajaan tidak mengeluarkan perbelanjaan untuk pemberian subsidi bagi program ini sebaliknya menu yang ditawarkan oleh penjual adalah atas kreativiti mereka sendiri.

Jom teroka 5 menu rahmah terbaik di bawah program ini yang boleh anda cuba sewaktu makan tengahari di pejabat nanti!

Gambar Ehsan: Kosmo Digital

1. Menu Rahmah McDonald’s

Orang ramai boleh mendapatkan Menu Rahmah di restoran McDonalds (McD) di seluruh negara menerusi Menu Rahmah McD serendah RM5 sahaja! Pengenalan Menu Rahmah McD ini sebagai usaha untuk menyediakan peluang kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menikmati hidangan McDonald’s dengan harga yang berpatutan, iaitu serendah RM5 sahaja.

Pelancaran Menu Rahmah bagi restoran McD ini telah disempurnakan oleh bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub pada 8 Mac yang lalu. Terdapat 3 pilihan Menu Rahmah yang ditawarkan serendah RM5 di restoran McDonald’s iaitu:

> Burger Ayam dan Teh Ais Limau (cawan kecil)

> Bubur Ayam McD (saiz kecil) dan Teh Ais Limau (cawan kecil)

> McEgg dan Teh Ais Limau (cawan kecil)

2. Menu Rahmah KFC

Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub juga telah merasmikan Majlis Pelancaran Menu Rahmah KFC & Pizza Hut di Jalan Wangsa Delima, Kuala Lumpur pada 29 Mei 2023 yang lalu. 

Dengan hanya RM5, anda boleh menikmati set kombo seketul ayam goreng (Original or Hot & Spicy), sebiji ban dan sebotol air mineral. Menu ini adalah ditawarkan pada setiap Isnin-Jumaat, jam 2.00 – 5.00 petang di 1,227 rangkaian restoran KFC di seluruh negara kecuali Lapangan Terbang, Genting Highlands dan Legoland.

Gambar Ehsan: Majlis Keselamatan Negara

3. Restoran-Restoran PRESMA

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) juga telah melancarkan Menu Rahmah Februari yang lalu. Antara menu disediakan di restoran-restoran PRESMA ialah nasi putih, sayur kobis termasuk dengan berlaukkan ayam goreng, ikan goreng, ayam kari, kari ikan, ayam kicap, ikan kicap atau ayam kurma.

Dengan tawaran harga menu yang sangat berpatutan itu katanya, sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

4. Menu Rahmah Mydin

Menu Rahmah kini dibawakan kepada anda setiap hari di MYDIN Malaysia! Dengan harga RM4.90, anda akan dapat set makanan tengahari / malam yang cukup sedap dan istimewa. Yang paling penting, dapat berjimat.

Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub telah melancarkan inisiatif Menu Rahmah Mydin Februari yang lalu bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. 

Lebih menarik lagi, menu yang disediakan setiap hari juga ditukar dengan masakan berbeza membabitkan ikan dan sayuran dalam usaha memberikan lebih banyak pilihan kepada mereka yang tidak berkemampuan.

Gambar Ehsan: KPDN

5. Menu Rahmah Aeon

AEON BiG (Malaysia) Sdn Bhd (AEON BiG) juga telah tampil dengan Program Rahmah merangkumi Jualan Rahmah, Bakul Rahmah, Menu Rahmah dan Pakej Rahmah untuk terus membantu masyarakat mengharungi kos sara hidup yang tinggi selain merancakkan sektor ekonomi negara.

Pelbagai set Menu Rahmah berserta air mineral yang berharga RM4.95 telah diperkenalkan dan dijual kepada masyarakat umum. Menu ini terdiri daripada Menu Rahmah Ayam, Menu Rahmah Sotong, Menu Rahmah Ayam Hitam, Menu Rahmah Ayam Lemak, Menu Rahmah Ayam Merah, Menu Rahmah Ikan dan Menu Rahmah Ikan Lemak.

Bagi memudahkan orang ramai mendapatkan tawaran istimewa ini, KPDN telah membangunkan sebuah direktori lokasi Menu Rahmah. Melalui direktori yang dibangunkan oleh KPDN ini, pengguna boleh melakukan carian lokasi mengikut negeri atau carian mengikut jenis (restoran / cafe, restoran perkhidmatan segera, medan selera / gerai). Selain nama gerai/restoran, turut diletakkan dalam direktori ini adalah alamat gerai/restoran tersebut dan tempoh kempen yang ditawarkan.

Semak: Menu Rahmah Malaysia Madani (kpdn.gov.my)

Belum dapatkan perlindungan kad perubatan atau hibah takaful lagi? Ayuh mulakan perancangan perlindungan keluarga termasuk anak-anak anda melalui Kad Perubatan PruBSN dan pelan Hibah Takaful PruBSN, pelan kad perubatan dan hibah terbaik yang direka khusus untuk anda. Klik link WhatsApp untuk berhubung dengan saya, Naim Fital, ejen takaful berpengalaman anda bagi khidmat nasihat berkaitan kad perubatan dan hibah takaful.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *