6 MOMENT PALING DIINGATI TAHUN 2020
1) BERHENTI KERJA
2) NAIM FITAL & CO
Pada penghujung Februari tertubuhnya firma guaman saya sendiri. Mungkin ramai yang tertanya tanya, kenapa saya tubuhkan Firma saya sendiri kalau saya berniat utk focus sepenuhnya pada Insurans? Jawapannya kerana lesen guaman saya tersebut banyak manfaatnya pada masyarakat termasuklah berupaya membantu client2 insurans saya sendiri. Lebih2 lagi jika mereka mengalami kemalangan jalan raya. Sudah tentu kelayakan saya amat berguna buat pelanggan saya kesemuanya.
3) TAKAFUL SEPENUH MASA
Paling tak sangka saya akan lalui business structure bersama Muqmeen Group. Lain sangat vibes dan suasananya. Disini saya lebih banyak bermusahabah diri, memperbaiki diri dan menambah kualiti diri. Sistem kerja yg lebih banyak berfokus kepada pembangunan diri, membantu rakan sekerja dan membantu masyarakat tentang isu pokok kepada masalah kewangan. Rutin harian saya bukan lagi hitam & putih, sebaliknya dipenuhi dgn appointment kesana kesini. Pelbagai ragam dan pengalaman org yg dapat saya timba. Malah disinilah saya melihat pendapatan saya naik dari bulan ke bulan secara konsisten. The harder I work, the more i get. Alhamdulillah.
4) BERUMAH TANGGA
Tanggal 24/7/2020, saya secara sah mengahwini isteri saya dan alhamdulillah sudah masuk bulan ke 5 kami bersama. Pelbagai perkara yg saya belajar sepanjang perkahwinan. Pastinya saya masih belajar memperbaiki diri dari sehari ke sehari agar menjadi suami yg terbaik buat isteri saya. Alhamdulillah, satu perubahan yg positif dalam hidup.
5) PKP – COVID19
Kemanisan 2019 dipadamkan dgn wabak yg sangat mendukacitakan. Segala perancangan utk berjalan ke luar negara di tahun 2020 terus dilupakan. Orientasi pekerjaan terus berubah 100% dari offline kepada online . Namun terlalu besar hikmahnya apabila saya pun turut sama belajar meningkatkan kemahiran penggunaan pelbagai aplikasi online. Malah business saya juga banyak didorongkan dgn kemahiran-kemahiran marketing atas talian yang byk saya belajar sepanjang pkp. Kalau tak kerana musibah ini, entah bila lah saya nak explore ilmu2 marketing atas talian ini sepenuhnya. Saya percaya seluruh rakyat Malaysia hadapi kisah yg sama seperti yg saya lalui. Namun inilah dia cerita yg boleh kita sampaikan pada anak cucu kita kelak.
6) MDRT
Inilah penutup 2020 yg paling manis dalam hidup saya. Mendapat pengiktirafan yang ketiga tertinggi di peringkat antarabangsa dalam dunia Insurans. Ia di luar imaginasi saya. Namun rezeki Allah itu sgt hebat. Syukur pada Allah taala yg memudahkan urusan saya sehingga mencapai MDRT dalam masa yg sangat singkat dan usia yg masih muda. Syukur ya Allah memudahkan urusanku ini.
“Alhamdulillah Syukur Untuk Segalanya”
Terima kasih utk semua kenangan indah di tahun 2020 ya Allah.