Bagaimana Nak Kreatif untuk Menyimpan?

Hasil tinjauan celik kewangan Ringgit Plus Malaysia 2022 pada Disember tahun lalu yang melibatkan 3,144 responden berusia 18 tahun ke atas menunjukkan bahawa seramai tujuh daripada 10 rakyat Malaysia didapati menyimpan kurang daripada RM500 sebulan atau tidak menyimpan langsung. Hasil tinjauan ini merupakan dapatan paling teruk dalam tempoh lima dengan data menunjukkan bahawa hanya lima peratus rakyat negara ini menyimpan lebih daripada RM1,500 sebulan, turun 15 peratus berbanding 2021 dan 20 peratus pada 2020. Malah, data daripada Jabatan Perangkaan turut menunjukkan bahawa seramai 63% yang bekerja dalam tempoh satu hingga tiga tahun tidak mempunyai simpanan yang boleh bertahan selama satu bulan.

Fenomena ini agak membimbangkan kerana ianya membuktikan bahawa masih ramai yang tidak tahu formula pengurusan kewangan yang betul. Jadi, penulisan ini akan merungkai serba sedikit cara-cara kreatif untuk anda menyimpan dengan mudah mengikut kemampuan dan situasi kewangan. Yang penting ada simpanan!

Gambar Ehsan: Kijang Economics Competition

1. Tabung Duit Ganjil

Melalui teknik ini, anda perlu menyimpan mengikut denominasi wang kertas yang jarang anda jumpa seperti wang kertas RM 5, atau RM 20. Ini bermaksud, jika anda beli barang di kedai dan memperoleh baki dalam denominasi RM 5 atau RM 20, anda perlu segera asingkan wang tersebut dan simpan dalam satu tabung yang lain.

Teknik ini berkesan jika anda boleh mendisiplinkan diri anda. Cuba dulu selama sebulan dan lihat hasilnya!

2. Tabung Duit Syiling

Ini teknik menyimpan yang biasa kita pakai sejak zaman kanak-kanak dahulu lagi. Duit syiling ini walaupun penting, tetapi tidak ramai yang suka simpan dan bawa di dalam dompet kerana beratnya. Jadi, bolehlah mula menyimpan duit syiling 10 sen, 20 sen atau 50 sen dalam satu tabung di rumah.

Teknik ini tidak memerlukan masa dan tenaga yang banyak, cukup dengan berdisiplin memasukkan duit syiling baki anda berbelanja setiap hari ke dalam tabung, dan lihat sahaja hasilnya dalam tempoh 6 bulan hingga setahun. Menarik bukan?

Gambar Ehsan: Keluarga

3. Tukang Simpan

Ini teknik biasa yang orang selalu gunakan terutamanya jika mereka rasa mereka lebih boros berbelanja jika duit itu boleh dilihat dalam dompet atau akaun bank masing-masing. Caranya, anda minta sahaja orang lain untuk simpankan duit anda. Tetapi, pastikan orang tersebut adalah keluarga tersayang atau rakan-rakan yang dipercayai. Jangan sesekali beri kepada orang yang tidak dikenali pula ya!

Anda boleh asingkan sebahagian gaji anda, beri kepada mereka dengan harapan duit yang sedikit-sedikit ini akan terkumpul dengan banyak.

4. Tabung Automatik

Sekarang ini sudah banyak aplikasi perbankan yang menyediakan fungsi tabung simpanan berbeza dengan akaun anda contohnya seperti aplikasi MAE oleh Maybank. Teknik ini sesuai untuk mereka yang sangat susah untuk mendidik diri menyimpan. Jadi, anda boleh automasikan sumbangan kepada tabung simpanan anda itu setiap bulan dengan tetapkan satu tarikh dan jumlah yang akan ditolak daripada akaun anda dan dimasukkan dalam tabung simpanan tersebut.

Boleh cuba untuk 6 bulan dan lihatlah hasilnya sendiri. Pasti terkejut nanti.

Gambar Ehsan: Busyra Takiyudin

Apa-apa pun cara dan teknik yang anda ingin gunakan untuk menabung, perkara paling penting bila kita ingin menyimpan wang adalah disiplin, istiqamah dan bermatlamat. Cara dan teknik hanyalah alat untuk membantu anda berdasarkan watak yang bersesuaian.

Menyimpan dan menabung ini amalan mulia. Melindungi diri anda untuk hari-hari mendatang melalui Hibah Takaful dan Takaful Perubatan (medical card) terutamanya untuk manfaat kesihatan anda dan tanggungan anda juga amat penting.

Baca: Kad Perubatan (Medical Card): Satu Keperluan?

Baca: Hibah Takaful dan Kad Perubatan: Yang Mana Lebih Penting

Jadi, ayuh mulakan perancangan masa depan anda hari ini melalui Kad Perubatan PruBSN dan pelan Hibah Takaful PruBSN, pelan kad perubatan dan hibah terbaik yang direka khusus untuk anda. Klik link WhatsApp untuk berhubung dengan saya, Naim Fital, ejen takaful berpengalaman anda bagi khidmat nasihat berkaitan kad perubatan dan hibah takaful.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *