Perancangan kewangan adalah tentang mencapai matlamat kewangan dan mencapai kebebasan kewangan. Jadi adalah penting untuk tahu cara atau amalan yang betul dalam menguruskan kewangan peribadi supaya masalah wang dan kewangan tidak akan timbul. Konsep pengurusan kewangan peribadi itu sendiri sebenarnya amat ringkas; perbelanjaan tidak sepatutnya melebihi pendapatan dan simpanan perlu ditetapkan sebelum membuat perbelanjaan. Penulisan hari ini akan merungkai tips-tips perancangan kewangan yang bijak dan berhemah.
1. Rekod Perbelanjaan
Merekod perbelanjaan merupakan perkara yang penting dalam perancangan kewangan. Anda boleh menggunakan aplikasi telefon yang dimuat turun daripada App Store atau Play Store. Pastikan anda rekod dengan berdisiplin supaya akhir bulan boleh buat analisis bahagian mana anda belanja besar bagi bulan tersebut.
Merekodkan perbelanjaan ini penting untuk anda merancang belanja yang anda perlukan pada bulan-bulan akan datang. Ia bukan bertujuan untuk menghadkan perbelanjaan atau menjadi penghalang bagi anda untuk menikmati keseronokan hidup. Pada dasarnya ia bertujuan untuk mengetahui berapa banyak wang yang anda ada, bagaimana ia dibelanjakan dan cara terbaik untuk berbelanja dan melaburkan wang anda.
2. Simpan Duit dalam Instrumen Pelaburan
Bina Kekayaan! Anda perlu belajar cara-cara untuk wang anda boleh bekerja untuk anda. Apa itu instrumen pelaburan? Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga, labur bermaksud meletakkan sejumlah wang sebagai modal untuk sesuatu usaha dengan tujuan memperoleh keuntungan yang berlipat ganda. Di Malaysia, antara instrumen pelaburan yang diiktiraf adalah pelaburan di bank melalui deposit tetap, pelaburan di koperasi, produk saham amanah seperti ASB dan Tabung Haji.
Tetapi anda perlu belajar untuk menguruskan risikonya dengan bijak. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kenalpasti tahap risiko pelaburan anda. Sebagai contoh, pelaburan bagi produk saham amanah PNB seperti ASB dan ASN2 berisiko rendah kerana ianya pelaburan yang dijamin oleh kerajaan Malaysia. Manakala, pelaburan melalui jual beli saham di Bursa Malaysia berisiko tinggi kerana ianya bergantung kepada prestasi syarikat tersebut.
Satu cara pelaburan yang selamat, tetap dan berpatutan yang anda boleh pertimbangkan adalah dengan melanggan pelan Takaful berkaitan pelaburan. Anda bukan sahaja boleh meraih pulangan pelaburan daripada bayaran sumbangan bulanan yang rendah tetapi juga mendapat perlindungan serta jaminan kewangan untuk diri anda dan orang tersayang.
Baca: Tip Takaful: Kelebihan Melabur dengan Takaful
Jutawan menjadi kaya bukan disebabkan oleh pendapatan mereka, tetapi disebabkan oleh jumlah wang yang mereka simpan dan labur. Ingat, instrumen pelaburan boleh digunakan kembangkan duit anda.
3. Hanya Pinjam Apa Yang Anda Mampu Membayar Balik
Mengawal dan mengurangkan hutang isi rumah adalah penting. Dalam dunia moden ini, meminjam untuk membuat perbelanjaan yang besar itu merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Tetapi, ingat pinjam apa yang anda mampu untuk bayar balik dengan pendapatan semasa anda. Jangan sekali-kali meminjam wang berdasarkan jangkaan pendapatan masa depan anda.
Anda digalakkan memilih skim pembayaran yang mudah dan bebas faedah sekiranya terpaksa meminjam untuk membuat pembelian barangan rumah yang mahal dan besar menggunakan kad kredit. Hal ini membolehkan anda untuk membuat pembayaran secara ansuran tanpa dikenakan sebarang caj faedah selama tempoh 6 hingga 24 bulan bergantung kepada pelan kad kredit anda. Ingat, pastikan anda bayar baki ansuran yang ditetapkan setiap bulan untuk mengelakkan anda dikenakan faedah/penalti.
Sekiranya anda menggunakan kad kredit, elakkan pembayaran faedah sama sekali dengan membayar keseluruhan baki kad kredit setiap bulan.
4. Exit Strategy
Jangan lupa sediakan exit strategy kerana realitinya semua orang akan meninggal dunia. Exit strategy yang dimaksudkan adalah memastikan harta-harta anda sudah ada penama dan jika perlu boleh gunakan wasiat, hibah, wakaf, pengsiytiharan harta sepencarian dan pemegang amanah (trustee). Itu semua dibuat berdasarkan apa kemahuan anda sendiri.
Pengurusan harta pusaka yang lemah akan menyebabkan perebutan harta di kemudian hari sehingga hukum-hakam faraid pun dilanggar. Untuk waris-waris dan tanggungan anda, bolehlah sediakan hibah takaful dan menamakan waris-waris tersebut sebagai penerima untuk mereka meneruskan kehidupan setiap hari selepas anda pergi.
Ayuh mulakan perancangan masa depan anda hari ini melalui Kad Perubatan PruBSN dan pelanHibah Takaful PruBSN, pelan kad perubatan dan hibah terbaik yang direka khusus untuk anda. Klik link WhatsApp untuk berhubung dengan saya, Naim Fital, ejen takaful berpengalaman anda bagi khidmat nasihat berkaitan kad perubatan dan hibah takaful.