Nak Amalkan Gaya Hidup Sihat? Jom.

Ramai orang selalu berbincang tentang kepentingan takaful perubatan dan hibah, tetapi kurang  bercerita tentang perkara pokok dan asas dalam hidup seseorang manusia iaitu kesihatan.

Betul, takaful dan hibah ini adalah perlindungan apabila worst come to worst, anda tidak sihat, meninggal dunia atau mengalami kemalangan. Tetapi, adalah amat penting juga untuk memaknai kehidupan anda dengan kesihatan yang baik kerana mencegah itu sesungguhnya lebih baik daripada mengubati.

Baca: Hibah Takaful dan Kad Perubatan: Yang Mana Lebih Penting

Oleh yang demikian, penulisan ini akan merungkai apakah langkah-langkah mudah yang boleh anda ambil untuk pengamalan gaya hidup sihat. Jom baca!

Gambar Ehsan: The Sun Daily

1. Tingkatkan aktiviti fizikal seharian

Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati sebanyak 33.5% rakyat Malaysia tidak aktif secara fizikal. Ini bermakna hanya 14 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang aktif secara fizikal.

Hal ini demikian kerana, kebanyakan pekerjaan zaman sekarang tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak, sehari 7-8 jam duduk sahaja di depan komputer. Anda boleh mulakan dahulu dengan aktiviti-aktiviti fizikal yang santai seperti menggunakan tangga berbanding lif ketika di pejabat dan merajinkan diri membuat kerja rumah seperti mengemop dan menyapu rumah.

Apabila anda sudah selesa melakukan aktiviti yang memerlukan kudrat fizikal, boleh lah teruskan dengan aktiviti senaman berkala seperti jogging, yoga dan lompat tali untuk 30 minit sahaja setiap hari. Senaman boleh menjadi tabiat jika anda memilih aktiviti yang kita seronok untuk melakukannya. Setiap orang mempunyai jenis senaman kesukaan yang berbeza seperti berjalan, berlari, mendaki, mengikuti kelas kecergasan atau menggunakan mesin larian treadmill dan sebagainya. Walau apa pun pilihannya, senaman ialah kemestian untuk mengekalkan kesihatan.

Senaman bukan sahaja membantu mengurangkan berat badan dan mencegah penyakit, ia juga mampu meningkatkan tenaga, menjadikan anda lebih gembira dengan penghasilan hormon dopamin, adrenalin dan endorfin, meningkatkan ketumpatan tulang dan meningkatkan fungsi kognitif.

Gambar Ehsan: Relevan

2. Tidur yang mencukupi

Kebiasaanya ramai di antara kita hanya tidur kurang daripada 5 jam sahaja setiap hari. Sedar atau tidak, ini adalah satu perkara yang berbahaya dan boleh memberikan impak negatif terhadap kesihatan anda. Salah satu sebab mengapa tidur amat penting untuk kesihatan adalah kerana ia berpotensi meningkatkan pembelajaran dan memori.

Kajian menunjukkan tidur memainkan peranan yang cukup penting dalam aspek memori, sekali gus mempengaruhi kepintaran seseorang. Tidur membantu otak menyimpan maklumat baru sebagai memori melalui proses yang disebut sebagai konsolidasi. Menurut kajian, mereka yang tidur selepas mengulang kaji mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian.

Dengan hanya tidur, anda telah memberikan peluang untuk tubuh memperbaiki dan mempersiapkan diri menjalani aktiviti pada keesokkan harinya. Ya, tubuh anda akan menghasilkan hormon-hormon yang juga merupakan zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh seperti organ, sel dan kelenjar.

Hormon ini berfungsi untuk mengangkut sel-sel yang diperlukan ke seluruh anggota badan anda dan mengawal fungsi tubuh serta memastikan metabolisme badan sentiasa dalam keadaan terkawal. Antara hormon yang aktif semasa anda tidur adalah hormon pertumbuhan atau Human Growth Hormon (HGH).

Hasil kajian yang dijalankan oleh National Sleep Foundation bertahun-tahun telah mengesyorkan supaya setiap orang dewasa tidur selama 7-9 jam setiap hari.  Jom mulakan gaya hidup sihat anda dengan tidur yang mencukupi!

Gambar Ehsan: Kementerian Kesihatan Malaysia

3. Diet yang Sihat

Tipsnya adalah makan dengan cukup tetapi tidak berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Selain daripada itu, elakkan makanan yang terlalu manis dan tidak berkhasiat.

Hal ini demikian kerana, tahun-tahun kebelakangan ini melihatkan “kegilaan” baharu, khususnya golongan muda, terhadap makanan dan minuman ‘hipster’ yang unik seperti pisang goreng bersalut keju, teh ais boba dan ‘Milo ais kepal’. Semua makanan dan minuman ini mempunyai kandungan gula yang amat tinggi dan disifatkan oleh pakar kesihatan awam sebagai “keterlaluan”.

Bagi memastikan diet yang sihat, amalkan juga pemakanan seimbang yang merangkumi pelbagai jenis kumpulan makanan dalam jumlah yang bersesuaian untuk keperluan pelbagai fungsi penting tubuh. 

Amalan yang sihat ini seharusnya dipupuk dari rumah dan seelok-eloknya sejak peringkat awal usia kanak-kanak supaya ia menjadi satu tabiat sepanjang hayat. Ini penting sebagai dorongan untuk mereka menjalani kehidupan secara seimbang dan melalui usaha berkenaan ia memberi peluang generasi muda mendapat pendedahan awal mengenai amalan gaya hidup sihat serta menyalurkan pengetahuan mengenai pemilihan makanan seimbang. Kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Mulakan gaya hidup sihat dengan perubahan sikit demi sikit dalam setiap aspek kehidupan anda. Mulakan dengan langkah kecil dan tambah baik dari semasa ke semasa. Ingat, kesihatan adalah sebuah perjalanan bukannya destinasi.

Jangan lupa juga perlindungan kesihatan dan masa depan untuk anda serta yang tersayang. Dapatkan Kad Perubatan PruBSN dan pelanHibah Takaful PruBSN, pelan kad perubatan dan hibah terbaik yang direka khusus untuk anda. Klik link WhatsApp untuk berhubung dengan saya, Naim Fital, ejen takaful berpengalaman anda bagi khidmat nasihat berkaitan kad perubatan dan hibah takaful.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *