Jenis Pelaburan Permulaan yang Terbaik untuk Anda (Bah. 2)

Pelaburan seperti yang anda semua tahu adalah instrumen pengkayaan yang paling penting. Hal ini kerana,  ianya membolehkan anda untuk membuat diversifikasi aset kewangan, di mana dana dilaburkan dalam pelbagai jenis aset seperti saham, bon, hartanah, dan lain-lain. Ini membantu mengurangkan risiko kerana jika satu jenis aset mengalami kerugian, aset lain mungkin masih memberikan pulangan yang positif. Tambahan pula, pelaburan boleh merangsang anda untuk memahami matlamat kewangan anda, merancang strategi pelaburan, dan menguruskan kewangan anda dengan lebih bijak kerana ianya memerlukan perancangan kewangan yang baik.

Baca: Jenis Pelaburan Permulaan yang Terbaik untuk Anda (Bah. 1)

Penulisan terdahulu telah merungkai tentang pelaburan berisiko rendah  di mana kemungkinan kerugian modal adalah lebih rendah berbanding dengan pelaburan berisiko tinggi. Pilihan pelaburan ini memberi keutamaan kepada pemeliharaan modal daripada mencari pulangan yang tinggi (Low Risk, Low Return). Antara instrumen pelaburan yang telah disenarai pendekkan adalah ASB, ASM, Tabung Haji dan Deposit Tetap. Penulisan kali ini pula akan meneroka kategori pelaburan yang kedua iaitu pelaburan berisiko sederhana. Jom!

Gambar Ehsan: Investopedia

Pelaburan Risiko Sederhana

Pelaburan risiko sederhana merujuk kepada tahap risiko yang sederhana, yang mungkin memberikan peluang pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan pelaburan berisiko rendah. Walau bagaimanapun, perlua diingat bahawa pelaburan risiko sederhana juga membawa kemungkinan kerugian yang lebih tinggi.

1. Robo-Advisor

Robo-Advisor berpotensi untuk menjadi setanding dengan interaksi bersama manusia dalam hal peranan mereka. Mereka mempunyai fungsi asas penasihat kewangan manusia, tetapi dengan skala yang lebih besar. Ianya mampu memberikan nasihat dan panduan kepada pelabur mengenai pembahagian aset dalam sesuatu portfolio.

Robo-Advisor mampu memilih jenis pelaburan, membuat pembahagian dana, dan menyeimbangkan portfolio pelaburan secara automatik berdasarkan kemahuan dan matlamat kewangan pengguna. Mereka juga mengumpulkan data dari klien melalui kajian soal selidik dalam talian tanpa melibatkan interaksi manusia. Platform ini menggunakan maklumat ini untuk memberikan nasihat yang disesuaikan dan secara automatik melaksanakan keputusan pelaburan bagi pihak anda.

Menurut Statistica Market Forecast, aset di bawah pengurusan dalam pasaran Robo-Advisor dijangka mencapai AS$3 trilion pada penghuj tahun 2023. Aset di bawah pengurusan dijangka menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan (CAGR 2023-2027) sebanyak 13.99%, menghasilkan jumlah keseluruhan yang dijangka mencapai AS$5 trilion menjelang tahun 2027.

Antara kelebihan utama Robo-Advisor adalah fi Robo-Advisor lebih rendah berbanding servis penasihat kewangan peribadi. Walaupun begitu, pengurusan pelaburan portfolio anda masih akan diuruskan secara profesional dan cekap. Kebanyakan Robo-Advisor di dalam pasaran hari ini menawarkan fi jualan 0% dengan fi tahunan bermula dari 0.5% sehingga 1%. Sebagai contoh, StashAway mengenakan fi tahunan pengurusan bermula dari 0.2% sehingga 0.8% di Malaysia.

Gambar Ehsan: ADK Capital

2. Dana Dagangan Bursa (ETF)

Dana Dagangan Bursa (ETF) adalah instrumen pelaburan yang diniagakan di bursa saham yang mengumpulkan dana dari pelbagai pelabur. Biasanya, dana-dana ini mengulangi prestasi indeks pasaran atau sektor tertentu, membolehkan pelabur mendapatkan akses kepada pelbagai saham melalui pembelian tunggal.

Dengan melabur dalam ETF, individu boleh mendapatkan manfaat daripada pelbagai pelaburan dan fleksibiliti untuk berdagang di pasaran saham.

ETF menggunakan konsep “indexing” yang sering disebut sebagai “pengurusan pasif”. ETF diniagakan seperti saham tetapi menawarkan kepelbagaian dan pendedahan yang serupa dengan dana unit amanah. ETF menawarkan prestasi tahap pasaran kerana ia bertujuan untuk menyamai prestasi indeks tertentu selepas ditolak perbelanjaan bagi pengurusan dana. ETF juga umumnya mempunyai yuran pengurusan dan perbelanjaan operasi yang lebih rendah berbanding dengan dana yang diuruskan secara aktif.

Dengan ETF, pemilihan saham pelabur tidak perlu membuat pilihan stok. Ini membolehkan pelabur menumpukan perhatian kepada peruntukan aset.  Antara kelebihan ETF adalah fleksibiliti dan kecairan. Hal ini demikian kerana, gabungan perdagangan pada pertukaran dan penawaran unit berterusan menerusi dana menyediakan fleksibiliti dan kemudahan pelabur yang lebih besar dalam perdagangan unit dan kecairan yang lebih tinggi daripada dana unit amanah biasa. Malah, sekuriti konstituen ETF adalah telus dan harga dikeluarkan pada waktu dagangan. Maklumat perdagangan ETF juga mudah diakses pada masa nyata. 

3. Pelaburan Hartanah

Pelaburan hartanah adalah salah satu aset jangka panjang yang meluas dan diiktiraf di Malaysia. Ia melibatkan perolehan, pemilikan, dan pengurusan harta hartanah dengan tujuan untuk menghasilkan pendapatan atau keuntungan melalui pulangan sewa dan potensi peningkatan nilai harta. Terdapat pelbagai jenis pilihan pelaburan hartanah yang tersedia di Malaysia, termasuk hartanah kediaman, hartanah komersial, dan Amanah Pelaburan Hartanah (REITs).

Kebiasaannya, pelaburan hartanah menyediakan aliran tunai yang stabil, kerana hartanah sewaan memberi pelabur aliran pendapatan bulanan yang konsisten. Pendapatan bulanan yang dijana oleh hartanah sewaan boleh membantu menampung kos anda dan boleh menggunakan hasil tersebut untuk membina perniagaan atau melabur semula dalam hartanah atau portfolio lain.

Malah, pelaburan hartanah juga mewujudkan jaringan antara anda dengan ramai pihak yang terlibat secara langsung dalam pelaburan tersebut. Pihak yang terlibat adalah pegawai bank, ejen hartanah, dan peguam. Anda perlu menjaga hubungan bersama mereka agar urusan pelaburan anda dapat diuruskan dengan mudah, malah dapat membantu anda memperoleh kelulusan pinjaman rumah dengan cepat dan juga membantu proses jual beli rumah dengan segera. 

Gambar Ehsan: Putrahartanah

Ingatlah bahawa setiap individu mempunyai situasi kewangan yang unik, jadi pastikan untuk memilih strategi pelaburan yang paling sesuai untuk keperluan dan matlamat anda. Jika tidak pasti, sentiasa berjumpa dengan penasihat kewangan profesional sebelum membuat keputusan pelaburan.

Jangan lupa juga dapatkan perlindungan masa depan anda. Ayuh mulakan hari ini melalui Kad Perubatan PruBSN dan pelan Hibah Takaful PruBSN, pelan kad perubatan dan hibah terbaik yang direka khusus untuk anda. Klik link WhatsApp untuk berhubung dengan saya, Naim Fital, ejen takaful berpengalaman anda bagi khidmat nasihat berkaitan kad perubatan dan hibah takaful.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *