Hibah Takaful: Milik Siapa Sebenarnya?​

Apa itu Hibah Takaful?

Ingin tahu beza antara insuran dan takaful? Baca: Apa Beza Takaful & Insurans? 

Hibah bermaksud akad pemberian kepada seseorang tanpa mengharapkan balasan. Takaful pula merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab yang membawa maksud menjaga, menjamin atau memelihara. Secara mudahnya, hibah takaful adalah pemberian secara kasih sayang kepada seseorang penerima manfaat takaful tanpa apa-apa balasan ketika pencarum masih hidup dalam bentuk wang pampasan takaful.

Hibah Takaful diiktiraf di sisi undang-undang di bawah Jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI 2013) dan dikawal selia ketat oleh Bank Negara Malaysia. Jadi, Hibah Takaful merupakan instrumen perlindungan takaful yang dilindungi untuk jaminan masa hadapan penerima manfaat setelah kematian pencarum sebelum polisi matang.

Gambar Ehsan: Prudential For You
Siapakah penerima manfaat yang boleh dilantik oleh pencarum Hibah Takaful?

Sewaktu proses mendapatkan polisi Hibah Takafaful, pencarum akan diberi pilihan untuk menamakan penerima manfaat sebaga penerima hibah atau wasi. Apa bezanya penerima hibah dan wasi?

Secara mudahnya, wasi adalah pentadbir ke atas wang pampasan takaful pencarum dan jumlah yang diperoleh perlu diagihkan secara faraid. Sebagai contoh, sekiranya anda menamakan isteri anda sebagai wasi bagi pampasan hibah takaful berjumlah RM 350,000.00, wang pampasan yang diterima oleh isteri bukan milik isteri anda sepenuhnya. Sebaliknya, perlu diagihkan mengikut hukum faraid. Seperti yang kita tahu, proses faraid secara kebiasaanya lebih rumit dan akan memakan masa yang lama.

Baca: Status Harta Sebelum dan Selepas Kematian

Berbeza sekiranya isteri anda dilantik sebagai penerima hibah, wang pampasan takaful berjumlah RM 350,000.00 tersebut adalah sepenuhnya milik isteri anda. Ianya tidak perlu diagihkan mengikut hukum faraid dan adalah milik mutlaknya. 

Ini disokong oleh:

1. Resolusi  Majlis Penasihat Bank Negara Malaysia dalam mesyuarat ke-34 pada 21 April 2003 yang memutuskan bahawa:

a.   Pampasan wang takaful boleh dihibahkan kepada penerima memandangkan ia adalah hak mutlak pencarum;

b.      Pampasan wang takaful tidak dikira sebagai harta pusaka dan tidak perlu difaraidkan;

c.  Pemberi mempunyai hak untuk menukar atau membatalkan nama penerima dalam tempoh takaful masih berkuatkuasa; dan

d.  Borang penamaan takaful perlu diseralaraskan dan dinyatakan dengan jelas status penerima wasi atau penerima hibah.

2. Resolusi Majlis Penasihat Bank Negara Malaysia pada tahun 2007 yang membenarkan manfaat Takaful dihibahkan kepada penama sebagai benefisiari tunggal.

3. Perenggan 3 (2), Jadual 10 APKI 2013 yang menyatakan secara jelas bahawa pemberian hibah kepada penerima hibah tidak boleh dicabar dan akan menjadi milik penerima hibah secara mutlak. Ini kerana, manfaat telah dipindah milik dan proses penamaan telah berlaku ketika hayat pencarum.

Jadi jangan risau, sekiranya anda menamakan mana-mana waris anda sebagai penerima hibah, bahagian mereka dalam pampasan wang takaful anda adalah dijamin menurut perundangan.

Mengapakah penting untuk anda mencarum Hibah Takaful?

1. Hibah Takaful bagi menyelesaikan hutang selepas kematian

Dalam keadaan ekonomi semasa, berhutang untuk membeli kereta, rumah kediaman, pendidikan anak-anak dan lain-lain perkara asas adalah perkara yang normal. Hutang-hutang ini bukan hutang suka-suka sebaliknya keperluan untuk bergerak, berteduh dan survival keluarga.

Apa akan berlaku sekiranya kita pergi dulu, tetapi sebahagian hutang ini belum dilangsaikan? Waris-waris anda terpaksa untuk bertanggungjawab melangsaikan hutang anda ini.  Kerana itulah, Hibah Takaful ini direka khas untuk membantu waris yang anda tinggalkan untuk serba sedikit menyelesaikan hutang-hutang yang anda tinggalkan. Mudah bukan?

2. Hibah takaful jaminan masa depan mudah untuk yang tersayang

Proses tuntutan dan pembahagian harta biasanya mengambil masa berbulan-bulan malah sekiranya melibatkan waris berlapis, bertahun-tahun.  Sementara menunggu proses yang panjang itu, waris-waris anda boleh dilindungi dengan wang pampasan Hibah Takaful yang selalunya hanya mengambil masa 7 hingga 30 hari untuk proses tuntutan.

Malah, persengketaan antara ahli keluarga atau perubatan harta selepas kematian anda dapat dielakkan dan waris anda juga tidak perlu untuk melantik peguam bagi tujuan tuntutan Hibah Takaful. Yang pasti, waris-waris tersayang anda dapat menikmati kehidupan yang terjamin walaupun tanpa anda di sisi.

Gambar Ehsan: Usahawan Bistari

Dapatkan Pelan Hibah Takaful PruBSN serendah RM 100 sebulan, pelan hibah terbaik yang direka khusus untuk anda. Jom Hibah sebelum Rebah. Klik link WhatsApp untuk berhubung dengan saya, Naim Fital, ejen takaful berpengalaman anda bagi khidmat nasihat berkaitan hibah takaful.

Waallahualam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *