Apa itu Medical Card?
Kebanyakan syarikat insurans/pengendali takaful menawarkan kad perubatan (medical card) bagi tujuan perlindungan kos sekiranya anda dimasukkan ke hospital. Kebiasaannya, kad perubatan yang ditawarkan oleh ejen insurans/takaful anda adalah bergantung kepada kemahuan dan keperluan individu yang dilindungi bermula dengan perlindungan mesra bajet sehingga perlindungan komprehensif. Kad perubatan turut menawarkan manfaat yang pelbagai termasuklah bayaran untuk pembedahan, bilik, bayaran caj berkaitan wad (bilik pembedahan, peralatan, ubatan dan perkhidmatan hospital, bius, rawatan sebelum dan selepas kemasukan ke hospital dan pelbagai lagi).
Secara ringkasnya, sekiranya anda dilindungi di bawah mana-mana kad perubatan dan anda terpaksa dimasukkan ke hospital, pihak hospital akan menghubungi dan memaklumkan kepada syarikat insurans/pengendali takaful mengenai kemasukan, diagnosis dan rawatan yang ditetapkan sebaik sahaja anda mengemukakan kad perubatan anda.
Setelah semakan dan pengesahan oleh syarikat insurans/pengendali takaful mengenai kelayakan perlindungan anda di bawah kad perubatan tersebut, surat jaminan kepada hospital akan dikeluarkan bagi perbelanjaan yang dijangkakan.
Baca: Waiting Period & Contestable Period Untuk Medical Card
Apakah yang dilindungi di bawah Medical Card?
Bergantung kepada perlindungan yang anda pilih dan ditawarkan oleh syarikat insurans/pengendali takaful anda, kebiasaannya perkara-perkara di bawah adalah dilindungi (tertakluk kepada had perlindungan maksimum):
Kos kemasukan hospital dan pembedahan – Ia termasuk segala kos yang berkenaan dengan kemasukan ke hospital, pembedahan, bilik dan penginapan, perkhidmatan ambulan, ubat-ubatan dan lain-lain.
Penyakit kritikal – Sebanyak 36 jenis penyakit kritikal pada kebiasaannya disenaraikan oleh syarikat insurans termasuk kanser, serangan jantung, strok, dan lain-lain (bergantung kepada polisi masing-masing mengenai penyakit kritikal yang disenaraikan).
Rawatan jangka panjang – Berguna terutama untuk individu yang mempunyai penyakit kronik yang memerlukan rawatan dan penjagaan untuk tempoh masa yang lama. Contoh: Pesakit kanser payudara yang perlu menjalani kemoterapi.
Kepentingan Medical Card
1. Perlindungan Simpanan
Secara logiknya, apabila anda dimasukkan ke hospital bagi menjalani sesuatu rawatan, sudah tentu terdapat caj yang akan dikenakan kepada anda (bil perubatan) lebih lebih lagi sekiranya ada memilih untuk menerima rawatan di hospital swasta. Tanpa kad perubatan, anda bertanggungjawab untuk menyelesaikan sepenuhnya bil rawatan tersebut. Kebiasaanya, individu ini akan bergantung kepada simpanan (termasuklah simpanan kecemasan), pengeluaran akaun KWSP dan kaedah crowdfunding / derma awam sekiranya kos yang diperlukan agak besar dan simpanan peribadi anda sudah tidak mencukupi untuk menampung bil tersebut. Oleh yang demikian, kad perubatan akan berfungsi untuk memberikan anda perlindungan dan menampung sebahagian besar bil hospital (terutamanya hospital swasta) yang tinggi. Dengan kad perubatan, anda mampu mendapatkan rawatan yang lebih selesa, cepat dan tepat dengan lebih tenang tanpa perlu risau soal simpanan anda.
Tambahan pula, menurut Laporan Aon’s 2022 Global Medical Trend Rates, kadar inflasi perubatan di Malaysia telah meningkat pada kadar 12% pada tahun 2022. Peningkatan kos perubatan disebabkan oleh inflasi perubatan ini juga merupakan satu perkara yang amat merunsingkan.
2. Kemudahan Perubatan Yang Pantas
Kad perubatan merupakan satu kad yang akan memberikan kemudahan kepada anda untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta, dari pembedahan, rawatan susulan dan lain-lain (mengikut pelan yang dipilih) dengan segala kos ditanggung oleh syarikat insurans/ takaful. Jika anda memiliki kad perubatan ini, anda tidak perlu lagi menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.
Adalah amat beruntung bagi mereka yang memiliki kad perubatan, dilindungi insurans/ takaful yang membolehkan penyakit anda dirawat dengan segera oleh doktor dan jururawat berpengalaman serta menjalani pelbagai pemeriksaan menggunakan teknologi canggih di hospital tanpa perlu terlalu merisaukan soal jangkaan kos perubatan swasta yang tinggi.
Mulakan perancangan perubatan anda hari ini melalui Kad Perubatan PruBSN dan pelan Hibah Takaful PruBSN, pelan kad perubatan dan hibah terbaik yang direka khusus untuk anda. Klik link WhatsApp untuk berhubung dengan saya, Naim Fital, ejen takaful berpengalaman anda bagi khidmat nasihat berkaitan kad perubatan dan hibah takaful.
Wallahualam.