Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Skim Perubatan Madani?

Kelmarin, ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa tawaran Skim Perubatan Madani telah dikembangkan di tujuh buah daerah baharu untuk menjadikan skim ini tersedia di 21 buah daerah, sebelum diperluaskan ke seluruh negara pada bulan September 2023. Daerah baharu berkenaan ialah Kota Bharu, Pasir Mas (Kelantan), Kuantan (Pahang), Melaka Tengah (Melaka), Seremban (Negeri Sembilan), Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang) dan Perlis. Hal ini berikutan sambutan yang amat menggalakan daripada rakyat Malaysia sejak pelancarannya Jun lalu.

Penulisan ini akan meneroka apakah sebenarnya Skim Perubatan Madani dan bagaimana skim yang diperkenalkan oleh kerajaan ini boleh dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia yang layak.

Gambar Ehsan: Permohonan.my

Apa itu Skim Perubatan Madani?

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut). Skim perubatan ini merupakan berita gembira buat rakyat Malaysia kerana boleh mendapatkan rawatan tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.

Apa yang dimaksudkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut?

Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut merangkumi penyakit seperti demam dan selsema; cirit birit dan muntah; terseliuh; sakit kepala; trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak termasuk rawatan bagi imunisasi rutin; saringan kesihatan; rawatan susulan penyakit tidak berjangkit (NCD) rutin; rawatan susulan ibu dan anak rutin; perancangan keluarga rutin; perkhidmatan rehabilitasi; permintaan ubat tanpa konsultasi doktor; dan permintaan suplemen.

Siapakah Yang Layak di bawah Skim Perubatan Madani?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, skim ini layak untuk dinikmati oleh penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2023 dan tanggungan mereka yang berdaftar bagi kategori berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang secara automatik membawa kad pengenalan mereka ketika ingin mendapatkan rawatan tanpa prapendaftaran diperlukanMereka yang layak juga adalah WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain seperti Kad Peduli Sihat Selangor.

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di daerah yang terbabit boleh mula mendapatkan rawatan percuma seperti konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan di klinik perubatan swasta. Peruntukan bagi setiap isi rumah berkeluarga adalah sehingga RM250, RM125 bagi warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 bagi kategori bujang.

Gambar Ehsan: Remaja

Manfaat Skim Perubatan Madani

#1 Mengurangkan Beban Kos Rawatan Kesihatan B40: Beban kos rawatan kesihatan yang tinggi memberi impak serius kepada status kewangan kumpulan ini. Oleh itu, bagi mengelak golongan B40 daripada terus terbeban dalam mendapatkan khidmat rawatan primer akut, skim ini diwujudkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan. Inisiatif yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2023 dengan peruntukan RM120 juta ini adalah khusus bagi golongan miskin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dan pengamal perubatan am dan swasta. Secara ringkasnya, skim merupakan kemudahan ‘kredit’ untuk golongan B40 berjumpa dengan Pegawai Perubatan Am di klinik swasta tanpa perlu ke Jabatan Kecemasan di hospital kerajaan.

#2 Kurangkan Kesesakan Hospital dan Klinik Kerajaan: Dengan pengenalan skim ini, pesakit sudah tidak perlu bergantung kepada klinik kesihatan semata-mata untuk mendapatkan rawatan, terutama di kawasan yang mana lokasinya agak jauh. Hal ini secara tidak langsung boleh mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan dan klinik kesihatan kerajaan bagi pesakit-pesakit yang ingin mendapatkan rawatan asas. Malah, kerajaan negeri Johor contohnya optimis bahawa Skim Perubatan MADANI yang dilaksanakan pengamal perubatan swasta umum (GP) di Johor Bahru akan membantu mengurangkan kesesakan khususnya di dua hospital utama di daerah itu iaitu Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

#3 Kesihatan Untuk Semua dan Tanggungjawab Sosial Korporat: Antara manfaat utama pengenalan skim ini adalah keupayaannya untuk meningkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta dalam rawatan primer akut, melalui kaedah Kerjasama Awam-Swasta (Public-Private Partnership (PPP).

Gambar Ehsan: Jurnal.Id

Bagaimana Mendapatkan Rawatan di bawah Skim ini?

Setelah anda selesai semak kelayakan, berikut adalah cara untuk mendapat rawatan di klinik-klinik perubatan swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan Madani.

Layari: SEMAKAN KELAYAKAN SPM

#1. Hadir ke Klinik Skim Perubatan Madani: Anda boleh hadir ke mana-mana klinik perubatan swasta yang berdaftar dengan skim ini (boleh dikenal pasti dengan pelekat Skim Perubatan Madani) dengan membawa kad pengenalan.

#2. Terima Rawatan: Sekiranya layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-kes Akut secara percuma. Berikut merupakan senarai rawatan pesakit luar kes-kes akut seperti yang disenaraikan di atas 

#3. Had Manfaat: Setelah mendapatkan rawatan, had manfaat Skim Perubatan MADANI akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.

Mudah bukan prosesnya? Sudah tentu, jom kita manfaatkan bersama!

Adalah perlu diingat bahawa Skim Perubatan Madani hanya menanggung kos rawatan asas pesakit luar sahaja sehingga ke had maksimum yang ditetapkan. Sekiranya anda terpaksa dirujuk dan dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan, anda masih perlu membayar bagi kos perubatan anda sekiranya tidak dilindungi oleh mana-mana takaful perubatan.

Ayuh dapatkan Kad Perubatan PruBSN dan pelan Hibah Takaful PruBSN, pelan kad perubatan dan hibah terbaik yang direka khusus untuk anda. Klik link WhatsApp untuk berhubung dengan saya, Naim Fital, ejen takaful berpengalaman anda bagi khidmat nasihat berkaitan kad perubatan dan hibah takaful.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *