Bagaimana Melindungi Jejak Digital Anda

Jejak digital merujuk kepada rekod semua aktiviti dalam talian anda – apa yang anda lakukan, hantar dan kongsi. Hal ini demikian kerana, setiap kali anda memuatnaikkan sesuatu dalam talian, lakukan carian, atau menerima kuki dari laman web, anda mewujudkan jejak maklumat digital anda. Secara tidak sengaja, anda boleh mendedahkan alamat Protokol Internet (IP) anda, pilihan, gambar dan maklumat peribadi lain. 

Anda perlu tahu bahawa maklumat digital yang anda saling berbalas dalam masa-masa ini cukup untuk dieksploitasikan oleh penjenayah siber jika anda tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Ia boleh memberi kesan yang berpanjangan terhadap reputasi, hubungan dan peluang pekerjaan anda. Majikan, sekolah, kolej dan pegawai penguatkuasa undang-undang boleh menggunakan jejak digital anda sebagai asas untuk menilai perwatakan anda. Oleh yang demikian, penulisan ini akan merungkai langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk melindungi jejak digital anda.

Gambar Ehsan: Marketing Hotels and Tourism Destinations

Pertama, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang jejak digital anda dengan mengisi nama anda ke dalam enjin carian dan melihat hasilnya. Dengan cara ini, anda boleh memadamkan kandungan atau pos dalam talian yang mendedahkan maklumat peribadi anda.

Selain itu juga, anda boleh mengubah tetapan anda di platform media sosial dan aplikasi kepada ‘Private’. Anda juga perlu memeriksa tetapan anda secara kerap, kerana laman media sosial boleh mengubah dasar-dasar privasi mereka.

Anda juga perlu memadamkan ‘geo-tagging’ atau tetapan lokasi di telefon dan media sosial anda, kerana ia menjejak pergerakan dan laluan biasa anda. Jangan kongsikan maklumat sensitif seperti nombor telefon, alamat dan tarikh lahir anda dalam talian serta elakkan daripada berkongsi maklumat peribadi secara berlebihan. Teks, foto, dan video peribadi anda boleh dikongsikan atau dibocorkan, walaupun tujuan anda hanyalah untuk dikongsi secara peribadi.

Paling penting, sentiasa fikir dahulu sebelum menyiarkan sesuatu. Setelah sesuatu disiarkan dalam talian, sukar untuk dipadam dan ia mungkin akan muncul semula beberapa tahun kemudian.

Gambar Ehsan: Sassy Mama Singapore

KEIBUBAPAAN SIBER

Sekiranya anda merupakan ibu bapa, dan membenarkan anak-anak anda untuk menggunakan peralatan komunikasi digital seperti telefon pintar atau Ipad, anda juga perlu memberikan perhatian yang serius terhadap jejak digital anak-anak anda. 

Sekiranya anda berkongsikan maklumat tentang anak-anak anda di media sosial, anda perlu faham bahawa apa sahaja yang anda kongsikan dalam talian tentang anak-anak anda akan menambah jejak digital mereka. Penjenayah boleh menggunakan maklumat yang dikumpul daripada pos, foto dan video untuk mengetahui nama penuh, sekolah, minat atau di mana anak anda berada. 

Oleh yang demikian, pastikan tetapan privasi anda hanya membenarkan orang terdekat dalam rangkaian dalam talian anda untuk melihat pos anda. Anda harus menetapkan peraturan dan melengkapkan anak-anak anda dengan pengetahuan yang diperlukan untuk kekal selamat dalam talian. Sebaiknya jauhkan mereka daripada media sosial sehingga anda yakin bahawa mereka tahu bagaimana untuk melindungi diri secara berkesan.

Sebagai ibu bapa, anda perlu untuk mengetahui maklumat terkini mengenai rangkaian sosial, permainan dan aplikasi yang digunakan oleh anak – anak. Oleh yang demikian, biasakan diri dengan mencuba platform berkenaan bagi memahami bagaimana ia berfungsi dan seterusnya ‘memudahkan’ anda untuk mengawal aktiviti anak – anak.

Hal ini demikian kerana, strategi keibubapaan secara tradisi atau dunia nyata amat sesuai untuk diamalkan dalam ‘keibubapaan siber’ iaitu ibu bapa melindungi anak-anak dengan mengawasi serta menyediakan peraturan yang mudah diikuti. 

Gambar Ehsan: Le VPN

Seiring dengan peningkatan usia anak-anak serta aktiviti yang dilakukan, anda mestilah membimbing anak-anak anda supaya mereka memahami risiko siber dan cara melindungi diri daripada risiko ini serta cara meminta pertolongan apabila memerlukannya. 

Anda juga perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak mengenai pengalaman internet mereka. Pastikan anda menjelaskan kepada anak-anak bahawa seperti tingkah laku di dunia nyata, tingkah laku dalam talian juga akan memberikan kesan terhadap diri rakan, keluarga dan orang lain. Oleh yang demikian, anak-anak dapat belajar untuk menggunakan Internet dengan selamat dan beretika bagi mengelakkan diri mereka daripada bahaya atau membahayakan orang lain. 

Ayuh mulakan perancangan perlindungan keluarga termasuk anak-anak anda melalui Kad Perubatan PruBSN dan pelan Hibah Takaful PruBSN, pelan kad perubatan dan hibah terbaik yang direka khusus untuk anda. Klik link WhatsApp untuk berhubung dengan saya, Naim Fital, ejen takaful berpengalaman anda bagi khidmat nasihat berkaitan kad perubatan dan hibah takaful.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *