BNPL atau Beli Dulu Bayar Kemudian adalah pilihan pembayaran yang ditawarkan oleh kebanyakan pemilik perniagaan dan penyedia perkhidmatan. Anda mungkin biasa dengan beberapa penyedia BNPL popular di Malaysia seperti Atome, Grab PayLater dan Shopee Buy Now Pay Later (SPayLater).
Secara asasnya, pilihan pembayaran ansuran mudah ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan BNPL untuk memenuhi keperluan pelanggan. Dengan BNPL, pelanggan dapat membeli sesuatu produk secara ansuran dengan pilihan pembayaran yang lebih fleksibel. Kebanyakan penyedia perkhidmatan BNPL menawarkan skim pembayaran ansuran mudah bebas faedah untuk tempoh tiga hingga enam bulan.
Untuk membuat pembelian BNPL, anda boleh memilih dan mendaftar dengan penyedia perkhidmatan BNPL pilihan anda. Kemudian, anda boleh memilih pilihan ansuran mudah yang dikehendaki dan menghubungkan kad kredit atau kad debit anda untuk membuat pembayaran. Perlu diingatkan bahawa jika pembayaran balik tidak dibuat tepat pada masanya, pelanggan mungkin akan dikenakan yuran dan caj lewat. Sebagai contoh, sekiranya anda tidak menjelaskan bayaran minimum bulanan yang ditetapkan oleh Grab di bawah skim PayLater mereka, anda boleh dikenakan caj pentadbiran sehingga RM 10, akaun PayLater dibekukan atau dinyahaktifkan.
Antara kelebihan penggunaan BNPL adalah pemeriksaan kredit minimum diperlukan untuk permohonan yang merupakan salah satu mekanisme kawalan dan pantauan. Selain itu juga, BNPL mempunyai kadar faedah sifar peratus atau kadar faedah rendah dan proses kelulusan yang mudah dan cepat untuk pelan pembayaran yang fleksibel.
Antara alasan mengapa anda wajar untuk menangguh pembayaran menggunakan skim BNPL adalah untuk menyusun semula aliran kewangan anda. Ia juga membolehkan anda membeli dengan lebih yakin, dan berdisiplin untuk membayarnya pada akhir bulan sesudah gaji masuk.
Lebih baik lagi, BNPL kebiasaannya emberikan kemudahan pinjaman skala kecil, sama sepertimana kad kredit berfungsi. Kad kredit membolehkan pengguna melakukan pelbagai transaksi dan membayarnya kemudian hari, atau melakukan bayaran ansuran. Akan tetapi kad kredit biasanya mempunyai syarat kelayakan kewangan, yang tidak semua mampu ada.
Jelas sekali terdapat pelbagai faedah jika anda seorang yang berdisiplin dalam kewangan, dan ini membolehkan anda memiliki barangan atau melancong menggunakan BNPL.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan yang anda perlu ambil kira dan berjaga-jaga sewaktu menggunakan BNPL ini. Antaranya adalah BNPPL kebiasaanya mendorong tabiat perbelanjaan mengikut perasaan atau boros. Selain itu juga, anda akan mengalami kesukaran untuk menjejak perbelanjaan jika anda mempunyai beberapa pembelian ansuran melalui platform BNPL berbeza.
Malah, perkhidmatan BNPL juga boleh menyebabkan pembelian yang tidak terkawal dan komitmen hutang yang berlebihan. Sebagai contoh, jika anda terlewat bayar, anda akan dikenakan yuran dan denda yang tinggi. Ia boleh menyebabkan hutang anda semakin bertambah dan tidak terkawal jika tidak ditangani dengan baik. BNPL juga tidak efektif kos untuk jangka masa panjang. Ini kerana, anda perlu membayar lebih daripada sepatutnya disebabkan oleh caj faedah atau yuran tambahan yang dikenakan.
Antara risiko dan kekurangan lain yang perlu anda ambil kira adalah risiko pelanggaran privasi dan keselamatan maklumat peribadi anda. Hal ini demikian kerana, dalam proses mendaftar untuk BNPL, pelanggan biasanya diminta untuk memberikan maklumat peribadi yang sensitif. Oleh yang demikian, risiko pelanggaran privasi dan keselamatan maklumat mesti diambil kira, terutamanya jika pelanggan mendaftar dengan platform atau syarikat yang tidak mempunyai langkah-langkah keselamatan yang memadai.
Kesimpulannya, sementara BNPL boleh menjadi alat yang berguna untuk memudahkan pembelian atas talian, ia juga mempunyai risiko-risiko tertentu. Penting bagi anda untuk memahami sepenuhnya terma dan syarat BNPL sebelum menggunakan kaedah pembayaran ini. Disiplin kewangan dan perancangan yang baik diperlukan untuk mengelakkan masalah hutang dan kesukaran kewangan.
Selain itu, pemilihan syarikat atau platform yang boleh dipercayai dan mempunyai langkah-langkah keselamatan yang kukuh adalah penting bagi menjaga privasi dan maklumat peribadi pelanggan. Dengan mengambil sikap berhati-hati dan bijak, risiko BNPL melalui pembelian dalam talian boleh diatasi dan memberi manfaat kepada anda dalam jangka masa yang panjang.
Anda juga perlu mulakan perancangan perlindungan keluarga termasuk anak-anak anda melalui Kad Perubatan PruBSN dan pelan Hibah Takaful PruBSN, pelan kad perubatan dan hibah terbaik yang direka khusus untuk anda. Klik link WhatsApp untuk berhubung dengan saya, Naim Fital, ejen takaful berpengalaman anda bagi khidmat nasihat berkaitan kad perubatan dan hibah takaful.