Hibah Takaful dan Caruman KWSP

Aku dah ada caruman KWSP, kenapa nak kena carum Hibah Takaful lagi?”, kata Ali (bukan nama sebenar) kepada Naim.

Ramai antara kita sebenarnya masih belum faham sepenuhnya apa fungsi Hibah Takaful dan sering membandingkannya dengan caruman KWSP yang juga boleh diletakkan penama. Artikel ini akan mengulas lanjut tentang isu dan permasalahan ini. 

Gambar Ehsan: Media Mulia
Apa itu Caruman KWSP?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, atau lebih dikenali sebagai KWSP adalah agensi kerajaan Malaysia yang menguruskan pelan simpanan wajib dan perancangan persaraan untuk pekerja sektor awam dan swasta yang tidak berpencen. KWSP berfungsi melalui sumbangan bulanan daripada pekerja dan majikan mereka ke akaun simpanan sendiri. 

Caruman KWSP adalah dilindungi undang-undang di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta KWSP 1991) dan setiap majikan serta pekerja adalah diwajibkan untuk membuat bayaran caruman KWSP mengikut kadar semasa yang telah dinyatakan di dalam Akta KWSP 1991 dan Peraturan Dan Kaedah KWSP 1991. 

Pengeluaran caruman KWSP hanya dibenarkan dalam keadaan tertentu, termasuk mencapai umur 55 tahun. Jadi, bagaimana sekiranya pencarum meninggal dunia sebelum mencapai umur tersebut?

KWSP mempunyai sistem penamaan boleh dibuat oleh pencarum dengan melengkapkan Borang KWSP 4 dan mengemukakan sendiri di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara atau permohonan penamaan (baru) dan permohonan mengemaskini maklumat penamaan melalui i-Akaun Ahli dan hadir ke kaunter untuk pengesahan cap ibu jari. Proses penamaan merupakan satu bentuk perancangan awal  bagi mengurangkan kesulitan dan juga untuk memastikan penama-penama anda mendapat jaminan kewangan selepas anda meninggal dunia.

Gambar Ehsan MStar
Jadi adakah caruman KWSP sepenuhnya milik Penama?

Secara asasnya, bagi caruman KWSP, penama yang diletakkan oleh pencarum hanyalah berfungsi sebagai wasi atau pentadbir harta. Ini diputuskan mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 yang mengatakan lantikan penama oleh orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi mereka menyimpan adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka cuma ia sebagai pelaksana untuk membahagi harta pusaka itu kepada waris mengikut hukum syarak.

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-49 pada 10 September 2000 turut memutuskan bahawa wang KWSP dan wang simpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid. 

Memandangkan hukum hakam Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri berdasarkan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan, pihak berkuasa agama negeri turut mengambil langkah sewajarnya untuk menguatkuasakan keputusan fatwa ini. 

Selangor pada 9 Mei 2002 telah mewartakan Hukum Simpanan Wang KWSP bagi ahli beragama Islam yang meninggal dunia yang menjelaskan bahawa wang KWSP yang disimpan ahli dianggap harta pusaka. Kaedah pembahagian harta pusaka adalah tertakluk kepada hukum faraid.

Oleh yang demikian, penama hanyalah pengurus harta iaitu orang yang bertangungjawab menguruskan harta tersebut untuk diagihkan kepada waris mengikut pembahagian faraid. Tujuan sebenar meletakkan penama adalah bagi melancarkan pengurusan harta pusaka tanpa perlu mendapatkan perintah pengurusan harta. Maka, caruman KWSP juga adalah termasuk dalam harta pusaka si mati dan perlu dibahagikan mengikut hukum faraid.

Hibah Takaful termasuk dalam harta pusaka si mati?

Jawapan ringkasnya, TIDAK. Pampasan insurans atau manfaat takaful tidak termasuk di dalam kategori harta pusaka.

Baca: Hibah Takaful: Milik Siapa Sebenarnya?

Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia, pada mesyuarat ke-52 bertarikh 2 Ogos 2005 telah memutuskan bahawa konsep perlindungan berkanun seperti yang diamalkan oleh insurans konvensional boleh diterima pakai dalam industri takaful. Oleh yang demikian, pembayaran manfaat takaful tidak akan menjadi sebahagian daripada harta pusaka dan tidak tertakluk kepada hutang pencarum takaful yang meninggal dunia.

Asas pertimbangannya ialah:

“Memandangkan status manfaat takaful yang dihibah tidak akan bertukar menjadi wasiat, harta pusaka dan sebagainya bagi memenuhi matlamat skim takaful iaitu memberikan perlindungan kepada peserta atau penama (penerima hibah), manfaat takaful yang dihibah dilihat mempunyai persamaan dengan perlindungan berkanun yang diterima pakai dalam insurans konvensional. Ini bermakna, sebarang manfaat takaful yang dinamakan kepada suami/isteri, anak atau ibu bapa (sekiranya tiada suami/isteri atau anak yang hidup semasa penamaan dibuat) tidak boleh dibatalkan, diubah, diserah (surrender) dan dicagarkan tanpa mendapat keizinan penama tersebut. Di samping itu, konsep perlindungan berkanun juga boleh digunakan dalam industri takaful kerana ia memelihara kepentingan penama dalam takaful di samping tidak bercanggah dengan konsep hibah ruqba.”

Gambar Ehsan: Khidmat Peguam Syarie Kedah
Mengapa ejen takaful selalu downgrade sistem Faraid?

TIDAK, pembahagian harta menggunapakai instrumen faraid bukanlah satu downgrade malahan tidak juga buruk atau bermasalah kerana ianya adalah soal hukum. Faraid, hibah, wasiat, harta sepencarian dan seumpamanya adalah alat dalam pengurusan kewangan untuk merancang pusaka seseorang.

Walaubagaimanapun, perbincangan soal harta ini memerlukan kita untuk bersifat realistik dan pragmatik, kerana harta walaupun hanya sekadar kekayaan dunia yang sementara masih diperlukan dengan tuntas oleh waris-waris setelah kematian kita. Selalunya di latar keluarga, ada isteri yang tidak bekerja, anak yang masih di bawah tanggungan kita atau tidak berupaya untuk mencari rezeki sendiri yang amat memerlukan sedikit sebanyak wang bagi meneruskan kehidupan selepas pemergian kita.

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dalam Sahih Bukhari, lafaz Arabnya:

عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُنِي وَأَنَا بِمَكَّةَ وَهُوَ يَكْرَهُ أَنْ يَمُوتَ بِالْأَرْضِ الَّتِي هَاجَرَ مِنْهَا قَالَ يَرْحَمُ اللَّهُ ابْنَ عَفْرَاءَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أُوصِي بِمَالِي كُلِّهِ قَالَ لَا قُلْتُ فَالشَّطْرُ قَالَ لَا قُلْتُ الثُّلُثُ قَالَ فَالثُّلُثُ وَالثُّلُثُ كَثِيرٌ 

Daripada Sa’ad bin Abi Waqqas radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam datang menziarahi ku ketika ku di Mekah. Baginda tidak suka untuk mati di tempat yang baginda berhijrah daripadanya. Baginda berkata: Semoga Allah merahmati Ibn ‘Afra’. Aku berkata: Ya Rasulullah, aku mewasiatkan harta ku kesemuanya. Baginda menjawab: Tidak boleh. Aku berkata: Separuh? Baginda menjawab: Tidak boleh. Aku berkata: Sepertiga? Baginda: Ya, sepertiga, dan sepertiga itu sudah banyak. 

إِنَّكَ أَنْ تَدَعَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَدَعَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ فِي أَيْدِيهِمْ وَإِنَّكَ مَهْمَا أَنْفَقْتَ مِنْ نَفَقَةٍ فَإِنَّهَا صَدَقَةٌ حَتَّى اللُّقْمَةُ الَّتِي تَرْفَعُهَا إِلَى فِي امْرَأَتِكَ وَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَرْفَعَكَ فَيَنْتَفِعَ بِكَ نَاسٌ وَيُضَرَّ بِكَ آخَرُونَ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ يَوْمَئِذٍ إِلَّا ابْنَةٌ

Sesungguhnya jika engkau meninggalkan waris engkau dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta kepada manusia. Sesungguhnya engkau akan membelanjakan harta engkau dan ia akan sesungguhnya adalah sedekah hatta makanan yang engkau suapkan ke mulut isteri engkau. Allah akan memanjangkan umur engkau lalu orang ramai akan mendapat manfaat daripada engkau dan sebahagian orang (iaitu musyrikin) akan mendapat mudharat daripada engkau. Beliau tidak memiliki waris kecuali seorang anak perempuan.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wasoya, hadis no: 2591]

Mulakan perancangan legasi anda hari ini melalui Pelan Hibah Takaful PruBSN serendah RM 100 sebulan, pelan hibah terbaik yang direka khusus untuk anda. Klik link WhatsApp untuk berhubung dengan saya, Naim Fital, ejen takaful berpengalaman anda bagi khidmat nasihat berkaitan hibah takaful. Jom Hibah sebelum Rebah.

Wallahualam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *