Terdapat perbezaan pendapat yang ketara tentang kepentingan takaful hayat (juga dirujuk sebagai pelan Hibah Takaful) dan kad perubatan. Sudah tentu kedua dua ini adalah amat penting kerana mempunyai fungsi yang berbeza, tetapi jika anda berhadapan kekangan kewangan sebagai contoh, adalah penting untuk menilai keadaan dan keperluan semasa seseorang individu bagi memberikan keutamaan.
Apa itu takaful hayat?
Takaful hayat yang turut dirujuk sebagai pelan takaful hibah, takaful nyawa atau takaful khairat mempunyai beberapa tujuan utama. Sebagai contoh, takaful hayat kebiasaannya menawarkan perlindungan kewangan kepada waris dan tanggungan secara hibah sekiranya berlaku kematian pemegang polisi. Takaful hayat juga boleh melindungi anda sekiranya anda sudah tidak mampu bekerja akibat hilang upaya kekal atau lumpuh atau sekiranya anda menghadapi penyakit-penyakit kritikal sperti strok atau kanser (tertakluk kepada syarat-syarat perlindungan di bawah pelan takaful hayat anda).
Baca: Hibah Takaful: Milik Siapa Sebenarnya?
Apa itu kad perubatan?
Kad perubatan atau lebih dikenali sebagai medical card berfungsi untuk menampung perbelanjaan rawatan di hospital.
Yang Mana Lebih Penting?
1. Status Semasa
Sekiranya anda telah berkahwin, atau merupakan ‘bread winner’ atau sumber rezeki kepada keluarga anda bagi menampung kehidupan keluarga anda di kampung, anda perlu untuk mengutamakan takaful hayat kerana perlindungan nyawa adalah lebih penting. Malah, malang juga tidak berbau lebih lebih lagi sekiranya anda dalam perjalanan pergi dan pulang untuk mencari rezeki. Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Kulanthayan K.C Mani berkata setiap 90 minit, satu kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan di Malaysia dengan 545,630 jumlah kumulatif kes direkodkan sepanjang tahun 2022. Maka, keutamaan anda adalah perlindungan kepada tanggungan anda dengan takaful hayat.
“Kehidupan boleh berubah di luar jangkaan apabila kemalangan boleh berlaku di mana-mana, pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja.”
Berbeza sekiranya anda masih belum berkahwin, tidak mempunyai tanggungjawab besar untuk menampung keperluan hidup keluarga anda dan tiada kebergantungan tinggi oleh waris anda terhadap pendapatan anda. Kad perubatan sewajarnya menjadi keutamaan.
2. Umur dan Tahap Kesihatan
Sekiranya anda wanita muda yang masih sihat, keutamaan lebih wajar diberikan kepada kad perubatan kerana kajian mendapati bahawa wanita lebih terdedah kepada pelbagai penyakit berbanding lelaki. Ini disokong oleh Presiden Akademik Perubatan Malaysia Hepatitis Free Malaysia, Prof Dr Rosmawati Mohamed yang menyatakan risiko wanita hidap pelbagai kanser seperti barah hati, kanser payudara adalah lebih tinggi berbanding lelaki. Kajian yang dilakukan oleh Institute of Health Metrics and Evaluation (IHME) pada tahun 2019 juga turut mendapati golongan wanita didapati lebih cenderung untuk menghidapi penyakit buah pinggang yang kronik (CKD) berbanding lelaki. Mengambil kira kecenderungan yang tinggi wanita untuk menghidapi pelbagai penyakit, adalah dinasihatkan untuk wanita muda mengutamakan perlindungan kad perubatan.
Kanak-kanak juga lebih memerlukan kad perubatan berbanding takaful hayat kerana kanak-kanak lebih cenderung untuk diserang pelbagai penyakit. Produk takaful hayat mungkin belum perlu diberikan keutamaan kerana ibu bapa masih boleh meneruskan kehidupan (dari aspek kewangan) jika anak-anak meninggal dunia.
Kesimpulannya, kedua-dua kad perubatan dan takaful hayat merupakan perlindungan penting yang diperlukan oleh mana-mana individu hari ini. Tetapi sekiranya anda terpaksa memilih, pilihan boleh dibuat berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di atas.
Dapatkan khidmat nasihat dan mulakan perancangan perlindungan anda hari ini melalui Kad Perubatan PruBSN dan pelan Hibah Takaful PruBSN, pelan kad perubatan dan hibah terbaik yang direka khusus untuk anda. Klik link WhatsApp untuk berhubung dengan saya, Naim Fital, ejen takaful berpengalaman anda bagi khidmat nasihat berkaitan kad perubatan dan hibah takaful.
Wallahualam.