Kad Perubatan: Polisi Peribadi dan Majikan

Soalan yang sering ditanyakan kepada ejen takaful apabila kami membentangkan apa-apa cadangan pelan perubatan kepada bakal pelanggan adalah:

Adakah pelan takaful perubatan peribadi yang saya nak ambil ni masih perlu sedangkan syarikat tempat saya bekerja sudah menyediakan perlindungan perubatan?”

“Kedua-dua perlindungan ini macam sama sahaja dan kenapa perlu ada perlindungan yang berlebih-lebihan?”

Soalan-soalan ini adalah soalan yang penting dan bagi memastikan anda membuat keputusan yang bijak, anda perlu untuk memahami apakah perbezaan fungsi dan peranan takaful perubatan peribadi dan perlindungan perubatan yang disediakan oleh majikan anda.

Apa itu polisi perlindungan perubatan majikan? Kebanyakan syarikat hari ini akan memberikan perlindungan perubatan kepada pekerja sebagai salah satu manfaat pekerjaan. Pelan perlindungan ini kebiasaanya merujuk kepada perlindungan perubatan berkelompok yang melayakkan anda untuk menerima perlindungan perubatan apabila anda jatuh sakit (bergantung kepada pelan yang diambil oleh majikan anda). Jadi apakah perbezaannya? Mari kita rungkai.

Gambar Ehsan: Health Catalyst

1. Tempoh Perlindungan

Setiap yang bekerja pasti akan menamatkan perkhidmatan apabila sudah tiba masanya sama ada anda sudah perlu bersara, atau anda ingin rehat sementara mencari pekerjaan lain. Oleh yang demikian, perlu untuk difahami bahawa kad perubatan yang disediakan majikan hanya akan melindungi anda semasa anda bekerja bersama majikan anda. Jadi, bayangkan apabila anda menamatkan perkhidmatan atau lebih teruk lagi, sekiranya majikan anda terpaksa gulung tikar atau memberhentikan anda disebabkan oleh faktor ekonomi?

Data yang diterbitkan oleh Jabatan Insolvensi menunjukkan sejumlah 1,331 syarikat yang berdaftar terpaksa gulung tikar pada tahun 2022, peningkatan lebih 11 peratus berbanding 1,191 syarikat sahaja pada tahun 2021. Lebih teruk lagi, 227 syarikat tersebut adalah syarikat yang dimiliki kerajaan. Sudah terbukti, jika syarikat dimiliki kerajaan (GLC) pun tidak selamat daripada krisis ekonomi ini apatah lagi syarikat-syarikat swasta. Malah, ahli ekonomi, Professor Dr Barjoyai Bardai turut meramalkan bahawa jumlah syarikat gulung tikar akan bertambah sehingga 2024 disebabkan prospek ekonomi yang lemah. Jadi, pelan perubatan majikan ini kurang mobiliti berbanding pelan peribadi anda.

Dengan perlindungan takaful perubatan peribadi, sudah pasti tidak ada masalah kerana anda layak menerima perlindungan tersebut sehingga ke hari tua. Malah, anda juga boleh memilih manfaat tambahan seperti manfaat pelaburan untuk masa depan.

Gambar Ehsan: NPR

Manfaat

Memandangkan pihak syarikat mengambil perlindungan perubatan secara berkelompok dan sesetengah syarikat mempunyai pekerja yang agak ramai, nilai manfaat tahunan yang boleh dituntut oleh pekerja adalah terhad dan agak rendah secara amnya. Perlindungan itu mungkin bukan sahaja terhad daripada aspek had dan rawatan harian tetapi juga tidak fleksibel.

Berbanding dengan takaful perubatan peribadi, anda boleh memilih nilai manfaat tahunan yang diingini dan/atau tanpa had sepanjang hayat keseluruhan untuk kemasukan ke hospital, mengikut keperluan dan kemampuan kewangan anda. Had tahunan keseluruhan anda juga akan diperbaharui setiap tahun untuk memastikan kos perubatan anda terjamin sepanjang tempoh sijil. Maka, adalah lebih bijak untuk anda mendapatkan takaful perubatan tambahan bagi menjamin anda dilindungi daripada sebarang bayaran tambahan yang mungkin berlaku.

Gambar Ehsan: Local Government Federal Credit Union

Jadi yang mana patut saya dahulukan?

Soalan yang baik! Sekiranya berlaku sesuatu yang lebih serius dan memerlukan pembedahan pesakit, hospitalisasi dan rawatan yang melebihi perlindungan perubatan berkumpulan, anda boleh menggunakan perlindungan berkumpulan yang disediakan majikan dahulu dan menampung kos yang berlebihan dengan pelan peribadi anda. Hal ini demikian kerana, kedua-dua pelan perubatan berkumpulan yang disediakan majikan dan peribadi boleh berfungsi secara seiring. 

Jadi, apa tunggu lagi? Mulakan perancangan perlindungan anda hari ini melalui Kad Perubatan PruBSN dan pelan Hibah Takaful PruBSN, pelan kad perubatan dan hibah terbaik yang direka khusus untuk anda. Klik link WhatsApp untuk berhubung dengan saya, Naim Fital, ejen takaful berpengalaman anda bagi khidmat nasihat berkaitan kad perubatan dan hibah takaful.

Wallahualam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *