Mengapa Tuntutan Takaful Anda Ditolak?

Anda melanggan sesuatu polisi takaful adalah bagi melindungi anda dan keluarga daripada beban kos perubatan tinggi apabila dilanda musibah penyakit ataupun kemalangan. Bayangkan, anda sudah membayar caruman takaful setiap bulan, tetapi apabila dimasukkan ke hospital, tuntutan pula tidak diluluskan. Alamak! Sudahlah penat menanggung kesakitan, kemudian hati pula bagai ‘dirobek’ selepas tuntutan takaful ditolak.

Jadi adalah amat penting untuk anda selaku pemegang polisi takaful untuk mengenalpasti mengapa tuntutan takaful anda ditolak oleh syarikat pengendali. Hal ini boleh untuk membantu memudahkan urusan anda bagi membuat apa-apa tuntutan takaful pada masa hadapan. Antara sebabnya adalah:

Gambar Ehsan: Istock

Kurang Faham Terma dan Syarat Polisi Takaful Anda

Pemegang polisi perlu untuk faham bahawa setiap pelan perlindungan takaful yang ditawarkan oleh pengendali takaful tidak sama, dan mempunyai terma dan syarat yang berbeza bergantung kepada jenis pelan yang ditawarkan serta garis panduan tuntutan yang ditetapkan. Bak kata orang bijak pandai “the devil is in the details”. 

Jadi adalah amat penting untuk anda mengetahui secara terperinci terma dan syarat perlindungan takaful dan isi kandungan polisi yang anda ambil sebelum menandatangani apa-apa dokumen polisi. Yang paling penting sekali, anda perlu untuk memastikan ejen takaful yang menawarkan polisi tersebut kepada anda merupakan ejen yang BERTAULIAH dan BERPENGALAMAN.  Ini kerana, dengan pentauliahan dan pengalaman luas seorang ejen terutamanya dalam menguruskan tuntutan pemegang polisi, mereka boleh untuk menerangkan terma dan syarat polisi dengan lebih jelas dan memberikan jawapan kepada setiap kekeliruan dan keraguan anda.

Adalah penting juga untuk memahami perbezaan antara pelan takaful penyakit kritikal dan pelan takaful perubatan yang ibarat harimau dua serupa, tetapi lain-lain belangnya. Bagi pelan takaful perubatan, ianya adalah perlindungan bagi situasi kecemasan yang memerlukan pemegang polisi dimasukkan ke hospital. Pelan ini akan menanggung kos sepanjang pesakit di wad serta rawatan yang diperlukan. Manakala, pelan takaful penyakit kritikal pula akan memberikan pemegang polisi bayaran sekaligus berdasarkan peratus yang dipersetujui dalam dokumen polisi jika pemegang polisi didiagnosis dengan penyakit kritikal.

Baca: Hibah Takaful dan Kad Perubatan: Yang Mana Lebih Penting

Bersama sahabat lama merangkap klien Takaful saya. Terima kasih atas kepercayaan!

Tuntutan dibuat dalam Tempoh Menunggu

Baca: Waiting Period & Contestable Period Untuk Medical Card | Naim Fital

Kebanyakan syarikat pengendali takaful kebiasaannya akan meletakkan tempoh menunggu bagi penyakit-penyakit tertentu seperti kanser dan darah tinggi khusus buat pemegang polisi yang baru sahaja membeli takaful perubatan (tertakluk kepada terma dan syarat). Sepanjang tempoh tersebut, anda tidak boleh menggunakan kad perubatan sekiranya anda terpaksa masuk ke hospital bagi menerima rawatan disebabkan oleh apa-apa penyakit KECUALI kemalangan. Ini penting bagi mengelakkan fraud insurans/takaful. Kebiasaannya tempoh menunggu adalah antara 30 hingga 120 hari.

Tidak Membuat Pengisytiharan Penyakit Sedia Ada

Semasa proses anda mendapatkan pelan takaful perubatan, anda akan diminta untuk membuat pengisytiharan penyakit-penyakit sedia ada. Pastikan anda membuat pengisytiharan yang sewajarnya dan TIDAK menyembunyikan apa-apa penyakit kritikal yang sudah didiagnosis. Hal ini demikian kerana, pihak hospital akan mendapatkan laporan perubatan daripada hospital yang membuat tuntutan bagi melakukan siasatan sebelum meluluskan tuntutan anda.

Oleh yang demikian, jika laporan perubatan mengesahkan anda telah menghidapi penyakit tersebut sebelum polisi takaful anda berkuatkuasa DAN anda TIDAK mengisytiharkan penyakit tersebut kepada pihak pengendali takaful, tuntuan anda akan ditolak. Ingat, berlaku jujur!

Dapatkan khidmat nasihat dan mulakan perancangan perlindungan anda hari ini melalui Kad Perubatan PruBSN dan pelan Hibah Takaful PruBSN, pelan kad perubatan dan hibah terbaik yang direka khusus untuk anda. Klik link WhatsApp untuk berhubung dengan saya, Naim Fital, ejen takaful berpengalaman anda bagi khidmat nasihat berkaitan kad perubatan dan hibah takaful.

Wallahualam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *