MRTT: Kenapa Perlu?

Pembelian rumah kediaman atau mana-mana hartanah pada waktu ini merupakan satu komitmen kewangan yang amat besar, terutama sekiranya anda merupakan pembeli rumah pertama. Hal ini demikian kerana, kebiasaanya pembelian hartanah ini memerlukan pembiayaan daripada pihak institusi kewangan seperti bank kerana harganya yang mahal. Apabila anda memilih untuk mengambil pinjaman yang ditawarkan oleh institusi kewangan tersebut bermakna anda juga perlu memberikan komitmen sebagai penerima pinjaman selama 35 tahun bergantung kepada syarat pinjaman normal yang selalunya datang dengan perlindungan insurans/takaful hartanah. Penulisan ini akan merungkai salah satu skim perlindungan takaful hartanah yang biasa pembeli rumah pertama dengar. Jom baca!

Gambar Ehsan: The Jakarta Post

Apa itu MRTT? 

Secara mudahnya, insurans hartanah adalah produk insurans di bawah takaful yang dikenali dengan nama MRTT atau MLTT. Ia memberikan perlindungan untuk nilai yang tertunggak dalam pinjaman hartanah anda sekiranya berlaku sebarang kematian atau kecacatan kekal (TPD). Tanpa perlindungan, institusi kewangan pemberi pinjaman hartanah seperti bank mempunyai hak untuk mengambil semula rumah dan melelongnya jika terdapat kegagalan dalam melunaskan pembayaran hutang tersebut.

Mortgage Reducing Term Takaful atau nama singkatannya MRTT, adalah produk takaful yang melindungi peminjam jika pembeli rumah mengalami kecacatan kekal atau mati dan peminjam sudah tidak lagi mampu untuk membayar semula pinjaman perumahan. Dalam keadaan seumpama ini, institusi kewangan seperti bank akan dibayar keseluruhan baki pinjaman oleh syarikat pengendali takaful tersebut.

Jumlah perlindungan di bawah MRTT berkurangan mengikut baki pinjaman yang belum dijelaskan. Ini bermakna jumlah hutang dengan bank akan berkurangan selari dengan pembayaran pinjaman perumahan anda. Maka penting bagi anda memastikan terma dan jumlah perlindungan insurans adalah jelas sebelum bermulanya polisi insurans MRTT anda.

Gambar Ehsan: Property Guru Malaysia

Berapakah Kos untuk Mencarum MRTT? 

Oleh kerana polisi MRTT adalah berdasarkan jumlah pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh institusi kewangan, tiada kos yang boleh ditetapkan. Seperti mana-mana produk takaful lain, premium untuk MRTT bergantung pada faktor seperti:

– Usia pengambil insurans

– Amaun perlindungan pinjaman

– Tempoh pinjaman perumahan

– Kadar faedah pinjaman perumahan

– Faktor risiko kesihatan

Terdapat pilihan untuk membayar insurans secara tunai atau ditambah kepada pinjaman perumahan.Pembayaran sekaligus perlu dibuat pada permulaan polisi. Ramai pembeli rumah menambah amaun ini kepada nilai gadai janji mereka kerana apabila MRTT disertakan bersama tempoh pinjaman dan pelan pembayaran, bank pemberi pinjaman biasanya akan memberi kadar faedah lebih rendah kepada peminjam. MRTT dikatakan pilihan lebih murah berbanding polisi terma mendatar seperti MLTT.

Gambar Ehsan: Istock

Mengapa Perlu MRTT?

Seperti yang diterangkan tadi, MRTT merujuk kepada produk perlindungan takaful Islamik. Oleh yang demikian, keperluan MRTT menjurus kepada beberapa asas yang berikut:

Perlindungan Masa Hadapan

Dengan adanya polisi yang melindungi pinjaman jangka masa panjang anda, ini menjadikan anda dan juga pasangan lebih tenang. Setidak-tidaknya orang yang tersayang anda dilindungi sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini. Malah, anda atau pasangan masih mempunyai hak untuk kekal memiliki rumah tersebut asalkan nilai yang dilindungi di bawah polisi mampu menampung jumlah pinjaman sama ada melalui pembayaran terus ke institusi kewangan atau memberikan jumlah keseluruhan kepada benefisiari – bergantung kepada produk insurans hayat yang telah anda beli.

Bebas riba

Matlamat syarikat insurans konvensional adalah untuk memungut premium di bawah akaun termilik untuk memperoleh keuntungan. Berbeza pula dengan takaful yang bermatlamat mencapai kerjsama antara pesertanya.

Pulangan tunai

Dalam sesetengah produk takaful, ada ganjaran tertentu sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perlindungan.

Saling membantu

Antara konsep utama takaful adalah kerjasama. Sekumpulan peserta di bawah perlindungan takaful menyumbang atau mencarum kepada satu kumpulan wang sama yang menyediakan bantuan kewangan kepada semua yang terlibat.

Oleh yang demikian, jelas bahawa MRTT merupakan satu keperluan yang anda perlu ambil sewaktu membuat apa-apa pinjaman untuk membeli hartanah. Belum ada kad perubatan atau hibah takaful lagi? Ayuh mulakan perancangan perlindungan keluarga termasuk anak-anak anda melalui Kad Perubatan PruBSN dan pelan Hibah Takaful PruBSN, pelan kad perubatan dan hibah terbaik yang direka khusus untuk anda. Klik link WhatsApp untuk berhubung dengan saya, Naim Fital, ejen takaful berpengalaman anda bagi khidmat nasihat berkaitan kad perubatan dan hibah takaful.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *