Salah satu penyebab utama perubahan iklim ialah keperluan manusia yang semakin meningkat untuk tenaga; sama ada elektrik, gas dan minyak dan kebanyakan tenaga ini datang daripada bahan fosil yang tidak boleh diperbaharui. Penjimatan tenaga harus bermula daripada satu tempat dan seseorang individu berperanan besar untuk menunaikan tanggungjawab ini terhadap alam sekitar. Dengan menjimatkan tenaga, anda sudah menyumbang kepada pengurangan gas rumah hijau dan meminimakan impak perubahan iklim. Anda semua sebagai individu boleh memberi impak dan membuat perubahan kecil untuk memperbaiki keadaan dengan melakukan langkah-langkah kecil dalam menjimatkan tenaga. Penulisan ini akan merungkai tips yang anda boleh guna pakai bagi menjimatkan tenaga.
1. Gunakan Peralatan Elektrik Cekap Tenaga
Anda adalah disarankan memilih peralatan elektrik yang mempunyai penarafan bintang cekap tenaga daripada Suruhanjaya Tenaga dan rating penggunaan tenaga yang rendah untuk mengurangkan penggunaan elektrik. Untuk pengetahuan anda, Suruhanjaya Tenaga telah menubuhkan skim pelabelan tenaga bagi peralatan elektrik rumah. Kecekapan penggunaan tenaga bagi peti sejuk contohnya disahkan dengan mengguna pakai kaedah ujian yang diiktiraf dan disokong oleh Suruhanjaya Tenaga. Label Penilaian Tenaga bertaraf 5 bintang menunjukkan penjimatan tenaga yang paling tinggi. Amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran.
Oleh itu, bolehlah mula pertimbangkan untuk menggantikan peti sejuk lama anda dengan model yang lebih cekap tenaga yang menggunakan teknologi penyejukan lebih canggih.
2. Gunakan Lampu LED
Gantikan lampu biasa dengan lampu LED yang memberikan penjimatan lebih berkesan dari segi tenaga. Hal ini demikian kerana, lampu LED ditukar terus kepada elektrik dengan menggunakan bahan semikonduktor, yang mempunyai kecekapan cahaya yang lebih tinggi. Di bawah kesan pencahayaan yang sama, kuasa lampu LED adalah lebih kecil, dan ia menjimatkan elektrik, untuk mencapai kesan penjimatan tenaga. Ayuh bolehlah gantikan semua lampu pijar di dalam rumah dengan lampu LED bagi membantu mengurangkan penggunaan elektrik secara keseluruhan dan mengurangkan bil elektrik bulanan anda.
4. Mengurangkan Penggunaan Kenderaan
Berkongsi kenderaan dengan rakan sekerja atau menggunakan pengangkutan awam seperti bas atau kereta api dapat mengurangkan penggunaan tenaga fosil. Jumlah kenderaan di Malaysia berada pada tahap yang agak membimbangkan apabila pakar pengangkutan, Prof Dr. Kulanthayan KC Mani dari Universiti Putra Malaysia menyatakan bahawa jumlah kenderaan di Malaysia sudah melebihi jumlah penduduk negara ini berdasarkan data diperoleh pada 2021. Berdasarkan data tersebut, terdapat 33.3 juta kenderaan berdaftar seluruh negara berbanding hanya 32.6 juta keseluruhan penduduk, malah bukan kesemua penduduk pada semua peringkat umur boleh memandu.
Selain daripada berkongsi kereta, anda juga boleh mengambil inisiatif mesra alam yang lain seperti berjalan kaki atau berbasikal untuk perjalanan singkat. Ini akan membantu mengurangkan kadar pelepasan karbon dan meminimakan pencemaran alam sekitar.
2. Menguruskan Penggunaan Air dengan Baik
Anda boleh mulakan dengan memeriksa paip air di rumah anda secara berkala untuk mengesan sebarang kebocoran dan baiki paip bocor tersebut. Kemudian, pasang peralatan penjimat air seperti kepala pancuran berkebolehan rendah yang mengurangkan penggunaan air semasa mandi tanpa mengorbankan pengalaman mandi yang menyegarkan. Ini boleh membantu meminimakan kadar pembaziran air yang agak tinggi di Malaysia. Berdasarkan statistik tahun 2021, rakyat Malaysia menggunakan purata 251 liter air setiap orang sehari, jauh melebihi kadar 160 liter sehari yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Sebagai rujukan perbandingan, purata penggunaan air seorang sehari di negara maju seperti Singapura adalah 158 liter, dan 152 liter di UK.
Ayuh, cuba dahulu untuk beberapa bulan dan lihat sahaja hasil penjimatannya. Wang yang dijimatkan ini bolehlah anda gunakan untuk memulakan perancangan perlindungan keluarga termasuk anak-anak anda hari ini melalui Kad Perubatan PruBSN dan pelan Hibah Takaful PruBSN, pelan kad perubatan dan hibah terbaik yang direka khusus untuk anda. Klik link WhatsApp untuk berhubung dengan saya, Naim Fital, ejen takaful berpengalaman anda bagi khidmat nasihat berkaitan kad perubatan dan hibah takaful.