Status Harta Sebelum dan Selepas Kematian


Apakah status harta sebelum & selepas kematian?

1. Harta adalah sesuatu yang boleh dimiliki dan mempunyai nilai, baik ianya yang boleh dialih (seperti duit), atau yang tak boleh dialih (seperti rumah).

2. Selepas meninggal dunia, semua harta akan menjadi Harta Pusaka. Dalam erti kata lain, harta dibekukan.

3. Masa ini, isteri tak boleh lagi kata β€œduit suami itu duit isteri”. Sebab saat ini, isteri hanya layak dapat bahagian isteri mengikut faraid (1/8 jika ada anak, 1/4 jika tiada anak)

4. Bukan semua orang yg kita panggil keluarga boleh mewarisi harta kita. Misalnya anak angkat dan anak tiri tidak boleh mewarisi harta arwah kerana mereka tiada pertalian darah dgn arwah.

5. Sekiranya harta tersebut masih mempunyai hutang dengan bank seperti rumah & kereta, maka hutang perlu diselesaikan dahulu. Saat ini, waris perlu mencari jalan bagaimana nak selesaikan baki hutang. Gagal selesaikan baki hutang, pihak bank berhak untuk melelong rumah & kenderaan tersebut sebagai gadaian kepada hutang.

6. Bagi menguruskan harta pusaka, seorang pentadbir kuasa (Letter of Administrator , LA) hendaklah dilantik untuk menguruskan harta-harta tersebut. Ia boleh dilantik dalam kalangan waris keluarga, atau melantik Amanah Raya Berhad sebagai Pentadbir Harta Professional.

7. Jika harta melebihi 2 juta, maka LA hendaklah berurusan dgn Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan Perintah Pengagihan (Order to Distribute, OD).

8. Jika harta di bawah 2 Juta maka LA hendaklah berurusan dengan Pejabat Tanah (bagi urusan rumah), dan Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil (bagi urusan selain rumah) untuk mendapatkan Perintah Pengagihan.

9. Makala bagi menentukan pula waris-waris yang berhak mewarisi dari segi hukum faraid, maka Pentadbir Kuasa perlu untuk mohon satu Perintah Faraid di Mahkamah Syariah.

10. Setelah selesai semua urusan ini, maka barulah waris yang berhak akan menerima bahagian masing-masing.

Wallahualam. Jika ada salah dan silap mohon tegur dan betulkan. Jika ada soalan lanjut boleh bertanya. Jika saya mampu jawab saya akan jawab, jika tidak mampu, saya akan carikan org yg boleh menjawab.

Terima kasih.

𝓝π“ͺ𝓲𝓢 𝓕𝓲𝓽π“ͺ𝓡

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *