Tips Jimat Beli Barang Dapur

Membeli barang dapur dan memasak di rumah merupakan salah satu langkah penjimatan yang bijak. Hal ini demikian kerana, makan di luar lebih mahal lebih lebih lagi jika anda duduk di bandar. Menurut data Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (SPPI) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) pada tahun 2022, harga bagi Aktiviti Perkhidmatan Penginapan dan Makanan & Minuman telah melonjak sebanyak 4.7 peratus dari tahun ke tahun. Jelas bahawa kos untuk makan di luar adalah lebih mahal jika hendak dibandingkan dengan setahun dahulu.

Jadi, penulisan ini adalah berkenaan tips-tips yang pengguna bijak seperti anda boleh gunapakai bagi menjimatkan kos perbelanjaan barang dapur anda.

Gambar Ehsan: Keluarga

1. Rancang sebelum Membeli

Pembelian impulsif bermaksud keputusan perbelanjaan yang dibuat tanpa perancangan awal. Dalam satu kajian di Amerika Syarikat (AS) pada 2012 mendapati 76 peratus pembeli membuat keputusan pembelian ketika berada di kedai.

Tanpa rancangan perbelanjaan setiap kali ke pasar raya dan kedai-kedai, anda akan lebih cenderung membeli lebih berbanding yang diperlukan. Maka, untuk jimat belanja barang dapur, rancang barang apa yang anda perlu beli. Caranya, tuliskan menu yang anda suka masak atau makan supaya anda mempunyai semua bahan yang diperlukan. Hanya beli semua bahan tersebut sahaja dalam kuantiti yang diperlukan.

Baca: Bagaimana Merancang Kewangan dengan Bijak?

Ini akan membantu anda untuk mengelakkan godaan pengambilan saat akhir (terutamanya barangan yang sedang promosi dan potongan harga) bagi memenuhi troli yang akhirnya akan menyebabkan anda terlebih berbelanja.

2. Masak dengan Banyak

Jika anda tidak kisah dengan menu sama setiap hari/minggu, anda boleh cuba cara penjimatan ini iaitu memasak dengan kuantiti yang banyak. 

Selalunya cara ini lebih menjimatkan kos kerana anda membeli daging dan sayur-sayuran secara pukal. Dengan langkah ini, anda boleh memasak kesemuanya dalam kuantiti yang banyak dan menyejukbekukan makanan tersebut. Jika hendak makan pada hari-hari yang lain, tinggal panaskan sahaja. Mudah bukan?

Gambar Ehsan: New Straits Times

3. Bawa Duit Cukup-Cukup

Cara ini paling mudah, tetapi memerlukan anda untuk merancang belanjawan terlebih dahulu. Sekiranya anda hanya bawa duit secukupnya untuk belanja barang dapur yang telah anda senaraikan, anda dapat mengurangkan potensi untuk berbelanja lebih dengan membeli barangan yang tidak sepatutnya. 

Mudah sahaja, bila dah dapat gaji, anda boleh asingkan siap-siap duit belanja dapur dan lain-lain. Jadi, bawa sahaja wang yang telah diperuntukkan itu. Barulah anda akan membeli belah dengan lebih berhati-hati.

4. Harga Berpatutan

Terdapat banyak tempat membeli barangan dapur yang anda boleh tuju dan setiap satu daripadanya pasti ada cara tertentu untuk menarik pelanggan datang. Pilihlah pasaraya yang paling banyak memberi manfaat pada anda seperti menawarkan harga barangan runcit pada harga borong, mata ganjaran dalam setiap pembelian dan sebagainya.

Sekiranya anda tidak kisah bersesak, anda juga boleh berbelanja barang dapur sewaktu musim promosi atau minggu promosi. Kebiasaannya pasaraya besar akan melakukan promosi besar-besaran sempena cuti atau hari gaji. 

Ingat, bezakan harga dulu sebelum beli dan  pastikan anda beli pada harga yang berpatutan.

Gambar Ehsan: Delta Think
Gambar Ehsan: Delta Think

Sekiranya tips ini berguna untuk anda, jangan lupa kongsikan artikel ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda! 

Berminat untuk Kad Perubatan PruBSN dan pelanHibah Takaful PruBSN, pelan kad perubatan dan hibah terbaik yang direka khusus untuk anda? Klik link WhatsApp untuk berhubung dengan saya, Naim Fital, ejen takaful berpengalaman anda bagi khidmat nasihat berkaitan kad perubatan dan hibah takaful.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *