Artikel sebelum ini telah membincangkan sama ada kad perubatan adalah satu keperluan atau tidak dan fungsi-fungsi kad perubatan bagi tujuan perlindungan perbelanjaan perubatan sekiranya anda dimasukkan ke hospital.
Sebelum mengambil sesuatu pelan kad perubatan, anda perlu beri perhatian kepada beberapa perkara dan mendapatkan maklumat yang lengkap daripada ejen insurans/takaful anda:
1. Kenali kad perubatan anda – Stand Alone atau Rider
Kad perubatan stand alone adalah kad perubatan sahaja yang dilanggan tanpa sebarang produk asas yang lain manakala kad perubatan rider pula adalah kad perubatan yang diambil beserta produk-produk asas yang lain.
Bagi membuat penilaian yang adil terutamanya berkaitan harga dan manfaat, anda perlu membandingkan harga kad perubatan tersebut secara spesifik tanpa produk asas yang lain. Memandangkan produk kad perubatan rider dilanggan bersama produk asas, maka apabila produk asas tamat maka kad perubatan juga akan tamat. Sebagai contoh, jika pelanggan lumpuh maka polisi akan tamat, kedua-dua produk asas dan kad perubatan rider.
Secara ringkasnya, kelebihan kad perubatan stand alone termasuklah harganya yang lebih rendah kerana tidak perlu diambil bersama produk-produk asas yang lain. Walaubagaimanapun, kad perubatan stand alone tidak mempunyai sebarang nilai tunai berikutan harganya yang rendah, akan luput sekiranya anda terlepas bayaran premium insurans/ sumbangan takaful.
Bagi kad perubatan rider pula memandangkan ianya merupakan pelan kad perubatan yang merupakan tambahan kepada produk asas yang lain, ianya mempunyai nilai tunai dan boleh diambil bersama tambahan perlindungan lain seperti penyakit kritikal dan penepian (pelupusan sumbangan apabila berlaku sakit kritikal). Tambahan pula, sekiranya anda terlepas pandang berkenaan pembayaran premium insurans/ sumbangan takaful bagi kad perubatan rider ini, ianya boleh dibayar dari nilai tunai polisi dengan syarat polisi anda mempunyai nilai tunai.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengambil kad perubatan rider harga premium insurans/ sumbangan takaful anda akanmenjadi tinggi kerana ianya dilanggan dengan produk-produk asas yang lain. Selain itu juga, kebiasaannya kad perubatan rider juga akan tamat apabila pelan produk asas anda tamat. Contohnya, sekiranya anda lumpuh atau mengalami kecacatan kekal (Total Permanent Disability – TPD) berdasarkan pelan produk asas anda, manfaat kad perubatan anda juga akan turut ditamatkan bergantung kepada polisi.
2. Semak had tahunan bagi pelan kad perubatan anda.
Had tahunan merujuk kepada jumlah maksimum yang dibenarkan untuk anda tuntut daripada pengendali insurans/takaful dalam tempoh setahun setahun.
Contohnya, sekiranya kad perubatan anda mempunyai had tahunan RM50,000, maka kos syarikat pengendali insurans/takaful hanya akan menanggung kos perubatan anda sehingga maksimum RM50,000 sahaja dalam tempoh satu tahun. Had tahunan tersebut hanya akan diset semula apabila masuk tahun seterusnya. Sekiranya perbelanjaan perubatan anda melebih had tahunan tersebut disebabkan oleh kekerapan dimasukkan ke hospital atau menerima rawatan untuk penyakit kritikal, anda perlu menambah wang anda sendiri bagi menampung lebihan tersebut.
Oleh yang demikian, ambil pelan kad perubatan dengan had tahunan yang tinggi berdasarkan kemampuan anda bagi memastikan perlindungan anda mencukupi.
3. Semak had seumur hidup bagi pelan kad perubatan anda.
Had seumur hidup pula merujuk kepada jumlah maksimum yang dibenarkan untuk anda tuntut bagi perbelanjaan perubatan selagi polisi kad perubatan anda masih aktif. Oleh yang demikian, sekiranya kad perubatan tersebut melindungi anda sehingga usia 75 tahun (tempoh matang), maka had seumur hidup tersebut adalah sehingga usia tersebut.
4. Fahami polisi anda.
Sebagai pengguna yang bijak, adalah amat penting untuk anda mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan polisi insurans/takaful yang anda ambil. Maklumat terperinci ini boleh diperolehi dengan pembacaan dokumen polisi atau lebih mudah dengan mendapatkanya secara terus dengan lebih terperinci daripada ejen insurans/takaful anda.
Ini penting bagi memudahkan anda memahami apa yang terkandung dalam polisi insurans/takaful anda sendiri. Hal ini demikian kerana, setiap insurans/takaful mempunyai perincian polisinya tersendiri yang berbeza secara bertulis.
5. Buat perbandingan pelan kad perubatan terlebih dahulu
Sebagai pengguna yang bijak juga, anda perlu tahu bahawa hak membuat pilihan adalah merupakan hak anda yang dijamin di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Mengambil kira perkembangan industri insurans/takaful hari ini, terdapat banyak syarikat pengendali insurans/takaful yang menawarkan pelbagai jenis produk kad perubatan.
Oleh yang demikian, pastikan produk kad perubatan yang anda langgan sesuai dengan kedudukan kewangan daripada aspek pendapatan dan komitmen bulan anda serta keperluan kesihatan anda. Anda boleh meminta rakan-rakan ejen anda untuk menyediakan sebut harga, sebelum membuat perbandingan harga dan perlindungan yang ditawarkan.
Mulakan perancangan perubatan anda hari ini melalui Kad Perubatan PruBSN dan pelan Hibah Takaful PruBSN, pelan kad perubatan dan hibah terbaik yang direka khusus untuk anda. Klik link WhatsApp untuk berhubung dengan saya, Naim Fital, ejen takaful berpengalaman anda bagi khidmat nasihat berkaitan kad perubatan dan hibah takaful.
Wallahualam.