Syukur Alhamdulillah Ya Allah🤲🏻
Top 10 Agent Nationwide (Y1Y2 Category)
Kejayaan yang saya tak sangka langsung.
Meletakkan diri dalam kelompok 10 Agent Prubsn terbaik di Malaysia jauh sekali dalam sangkaan saya. Menjadi MDRT dan menjadi Top 10 Agent di Malaysia mempunyai cara penilaian yg berbeza. Tahun 2020 meninggalkan saya dgn byk kenangan manis yg tak saya sangka. Besarnya NikmatMu ya Allah.
Setinggi-tinggi syukur padaMu untuk segalanya. Yang kurang atau yg lebih semuanya adalah atas keizinanNya. Tugas saya adalah menjalankan kerja semampu saya. Ramai org ingat “Jadi agent ni nak kejar sales sebab nak kejar ranking” Saya nak jawab satu sahaja “jom jadi agent dulu” then you akan tahu kerja belakang tabir ejen mcm mana.
Bukan kerja mudah sahabat2. Kerja yg perlukan kegigihan yg luar biasa, disiplin yang tinggi, komitmen yang bersungguh dan focus yang tajam. Dalam budaya kerja yg begini, mmg sangat penting untuk membudayakan ia as as “Rewarded Business”. Bila you perform – you dapat title – you dapat reward – dapat cash – dapat bonus – dapat trip dan dapat mcm2 lagi kelebihan dari Company & Agency. Tapi sebelum nak dapat semua ni apa kena buat? Kena buat kerja, kena rajin jumpa orang, rajin tolong orang, kena banyakkan share pasal Takaful, kena educate orang, kena korban masa, kena korban tenaga, kena turun naik hospital, kena settlekan claim client, kena tolong buat bayaran client, kena angkut flyers sana sini, angkat kotak, keluar duit beli diary, keluar duit buat ads, keluar duit pergi booth, keluar duit minyak, keluar duit belanja makan minum, keluar duit parking tol semua. Apa yg saya buat biarlah saya sendiri yg tahu. Semuanya akhirnya adalah atas Izin Allah Taala.
Syukur utk kejayaan ini! InsyaAllah moga 2021 lebih semangat dan kuat!
Naim Fital Top 10 Nationwide Agent 🎖
MDRT 2021 | Executive Wealth Planner Prudential Bsn Takaful | Muqmeen Group |Â MGR118Â